Manhaj salaf bukanlah suatu rekaan
yang diada-adakan oleh pendahulu umat ini. Ia tertulis
dalam al-Quran, hadis-hadis sahih dan di dalam syair -
syair Arab. Manhaj Salaf adalah metodologi yang benarbenar
dapat menyelamatkan akidah, ibadah dan akhlak
umat Islam sejak zaman awal sahabat sehinggalah keakhir
zaman. Kerana sesungguhnya manhaj salaf adalah
manhaj yang dititi, dipegang dan digigit dengan gigi
geraham oleh para sahabat, tabi’in, tabi’ut at-tabi’in serta
mereka-mereka yang mengikut jalan Rasulullah sallallahu
‘alaihi wa-sallam. Manhaj ini adalah manhaj yang paling
selamat. Oleh itu ia wajib dipelajari, diketahui, difahami,
dibela dan menjadi mazhab setiap orang-orang
yang beriman kepada agama Islam.
Dengan memahami manhaj ini, seseorang dapat
melaksanakan segala kewajipan yang disyariatkan dengan
sempurna. Manhaj Salaf mengajar umat bagaimana
meninggalkan segala larangan, mengamalkan segala
suruhan, mengikut contoh tauladan serta memahami
pemahaman sebaik-baik insan dan umat yang telah
dilahirkan ke dunia. Hanya manhaj ini yang dapat
menyelamatkan akidah, ibadah dan akhlak seseorang dari
segala jenis bid’ah., khurafat, tahayul dan kesyirikan yang
menyesatkan.
Tiada jalan dan cara yang paling selamat dan
efisien untuk menyelamatkan umat, kecuali setelah
mereka menyedari akan kebenaran dan selamatnya manhaj
ini dan seterusnya menyandarkan pendisiplinan ilmu,
akidah, ibadah dan akhlak mereka melalui manhaj yang
telah dijamin oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala sebagai
sebaik-baik manhaj. Ini telah dikhabarkan dalam
firmanNya dan juga di dalam hadis-hadis Nabi-Nya
sallallahu ‘alaihi wa-sallam.
Manhaj Salaf telah dipelihara oleh wahyu dengan
terpeliharanya al-Quran dan hadis-hadis yang sahih.
Telah diamalkan dan dijaga dengan rapi terutamanya oleh
generasi sahabat yang telah diredai dan dimuliakan oleh
Allah Azza wa-Jalla. Manhaj Salaf adalah warisan Nabi
Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam kepada generasi
yang termulia di kalangan umat manusia yang ada di
dunia ini. Oleh yang demikian sewajarnya diingat bahawa
setiap muslim perlu ada tiga dasar pada diri mereka agar
menjadi Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf
yang sebenar iaitu:
Pertama: Berpegang kepada kitab suci al-Quran sebagai
Kitabullah yang berisi dalil-dalil qati’i dan
hujjah-hujjah tauqifi.
Kedua: Berpegang teguh kepada al-Hadis yang sahih
setelah al-Quran kerana ia adalah sunnah
Rasulullah. Iaitu menyerah dan berpegang
secara mutlak kepada nas-nas al-Quran dan
as-Sunnah. Sama sekali tidak menolaknya.
Tidak melaga-lagakan antara satu dengan
yang lain. Tidak menyangkal dengan akal
sebagaimana perbuatan Mu’tazilah, dengan
perasaan sebagaimana Ahli Ahwa (Ahli Hawa
Nafsu atau Ahli Bid’ah), dengan mimpi
sebagaimana ahli sufi dan tarikat atau dengan
ilham sebagaimana Ahli Falsafah. Dan tidak
ada yang diutama dan didahulukan setelah
adanya nas al-Quran dan as-Sunnah.
Ketiga: Berjalan (mengikut) atau bermanhaj Salaf as-
Soleh dengan cara menyandarkan
pemahamannya sama ada dalam persoalan
akidah, ibadah, muamalah dan akhlak secara
berdisiplin dan utuh. Dan semuanya ini
diperolehi melalui bertalaqi (belajar dengan
berguru, bukan semata-mata melalui buku
atau mentala’ah kitab-kitab semata).
Sesiapa sahaja boleh mengaku sebagai Ahli Sunnah
wal-Jamaah tetapi ia hanya benar-benar meniti jalan yang
hak dan sempurna apabila berpegang kepada bahagian
yang ketiga iaitu kembali kepada manhaj Salaf as-Soleh.
Kerana manhaj ini selain dapat menyelamatkan iktiqad,
amalan dan akhlak maka ia juga yang mampu menyatupadukan
umat dalam satu ikatan “Al-Jamaah”.
Manhaj Salaf akan menyelamatkan pengikutnya
dari perpecahan yang berpunca berintima’ (menasabkan
diri) kepada individu, kumpulan, golongan atau berbagaibagi
hizbi (kelompok perpecahan).
No comments:
Post a Comment