Setiap tahun apabila tiba bulan Ramadhan, persoalan yang tidak terlepas dari perbincangan adalah berkenaan dengan bilangan rakaat didalam solat tarawih. Ada dikalangan mereka yang mengatakan bahawa orang yang solat 20 rakaat tidak mengikut sunnah Nabi :saw. Berdasarkan dalil A’isyah ra. mereka mengatakan bahawa Nabi :saw bersolat 10 rakaat diikuti dengan 3 witir.
Nabi :saw pernah memulakan solat malam Ramadhan di masjid dan baginda telah diikuti oleh beberapa sahabat yang melihatnya Peristiwa ini telah diperbincangkan oleh para sahabat pada keesokkan harinya. Maka para hari kemudiannya jemaah di masjid semakin bertambah. Pada malam keempat, baginda tidak kelihatan lagi di masjid sehinggalah baginda keluar untuk bersolat subuh. Setelah selesai solat, baginda mengatakan bahawa beliau tidak meneruskan solat tersebut kerana takut ia diwajibkan keatas mereka dan mereka tidak mampu melaksanakannya.

Selepas Nabi :saw wafat, umat Islam masih menunaikan solat tarawih secara bersendirian, baik dizaman Abu Bakar ra dan bahagian awal pemerintahan Umar ra. Umar ra apabila melihat umat Islam solat berasing-asingan, beliau telah mengarahkan Ubay bin Ka’ab mengimami solat tarawih tersebut yang dilakukan secara berjemaah.Imam Bukhari tidak pula meriwayatkan berapakah jumlah bilangan rakaat tarawih yang dilakukan, Disanalah terdapat perselisihan bilangan rakaat, samada 11, 13 atau 21 termasuk witir.
Sejarah telah mencatatkan bahawa para-para salaf bersolat lebih dari 13 rakaat solat tarawih dan melakukan pelbagai aktiviti ibadat sebagai selingan. Jelas menunjukkan bahawa masyarakat Mekah pada zaman dulu melakukan tawaf dimasa rehat diantara 2 solat tarawih, dan mereka bersolat 20 rakaat. Masyarakat Madinah pada masa Umar bin Abdul Aziz menambah rakaat sampai kepada 36 rakaat dan 3 witir sebagai ganti ibadat tawaf. Begitu juga semasa selingan (rehat) diantara 2 rakaat atau 4 rakaat solat tarawih boleh diisi dengan bacaan al-Quran, berselawat, berdo'a dsb, yang jatuh kepada definasi luas ibadat zikir .Mengenai solat tarawih 36 rakaat, Imam Malik rh menyatakan bahawa : ini merupakan masalah lama bagi kami.
Imam Syafie rh juga menyebut bahawa : aku melihat orang bersolat tarawih di Madinah 39 rakaat, di Mekah pula 23 rakaat, dan tidak sedkitpun menghadkan perkara ini. Ibn Hajar rh didalam Fath al-bari menyatakan bahawa ada dikalangan para salaf yang melakukan solat tarawih 40 rakaat, dan tidak termasuk witir!

Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan bahawa perkara yang paling penting adalah tidak perlu berbicara panjang mengenai berapakah jumlah rakaat tarawih, akan tetapi hendaklah menunaikan hak-hak toma’ninah dan kekhusyukkan solatnya. Al-Qaradhawi menegaskan bahawa apa yang perlu dihindari adalah seperti terdapat masjid yang melakukan solat tarawih ibarat punggung-punggung mereka yang kepanasan dan mereka ingin bebas darinya, yakni melakukan solat 20 rakaat dalam masa kurang dari 20 minit.
Syiekh Ibn Taimiyah rh mempunyai penjelasan yang baik mengenai bilangan rakaat solat tarawih ini, Beliau menjelaskan bahawa terdapat kaum salaf yang bersolat 40 rakaat dan 3 rakaat witir, dan ada pula yang bersolat 39 rakaat bersama 3 rakaat witir. Kenyataan ini telah diketahui umum, dan bagi beliau, sesiapa yang ingin mengikuti amalan mereka ini adalah baik.

Berkata Syeikh Ibn Taimiyah lagi :
التراويح إن صلاها كمذهب أبي حنيفة ، والشافعي ، وأحمد : عشرين ركعة أو : كمذهب مالك ستا وثلاثين ، أو ثلاث عشرة ، أو إحدى عشرة فقد أحسن ، كما نص عليه الإمام أحمد لعدم التوقيف فيكون تكثير الركعات وتقليلها بحسب طول القيام وقصره .
"Jika seorang bersolat Tarawih sepertimana mazhab Abu Hanifah, Al-Syafie dan Ahmad : 20 rakaat atau : sebagaimana Mazhab Malik iaitu 36 rakaat, atau 13 rakaat, atau 11 rakaat, maka itu yang terbaik, sebagaimana Imam Ahmad berkata, kerana tidak dinyatakan mengenai bilangan rakaatnya, oleh itu lebih atau kurangnya bilangan rakaat bergantung kepada berapa panjang atau pendeknya qiamnya" - [Al-Ikhtiyaaraat ms 64]
Syeikh menjelaskan bahawa bilangan rakaat ini terpulang kepada kemampuan seseorang. Jika seseorang itu mampu berdiri lama, maka solatlah sebagaimana Nabi :saw lakukan, 10 rakaat dan 3 witir. Akan tetapi, jika seseorang itu tidak mampu berdiri lama, maka bersolatlah 20 rakaat sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakkan orang Islam, kerana jumlah ini adalah yang pertengahan diantara 20 dan 40 rakaat. Komentar Syiekh Ibn Tamiyah lagi :
ومن ظن أن قيام رمضان فيه عدد مؤقت عن النبي صلى الله عليه وسلم، لا يزاد ولا ينقص منه فقد أخطأ.
“Barangsiapa yang beranggapan bahawa qiam Ramadhan merupakan jumlah yang telah ditentukan oleh Nabi :saw, tidak boleh ditambah atau dikurangi, maka dia telah silap”.
Kesimpulan ini jelas menunjukkan bahawa solat tarawih merupakan sejenis solat sunat yang dilakukan pada waktu malam, sebagai sabda Nabi :saw, "Solat malam itu dua rakaat, dua rakaat" (صلاة الليل مَثْنَى مَثْنَى). Usahlah dipertikaikan siapa yang lebih sunnah, kerana mungkin kita sendiri tidak memahami bagaimana sunnah itu diaplikasikan oleh para ulama' salaf. Oleh itu, buatlah ikut kemampuan masing-masing.
No comments:
Post a Comment