Sunday, September 7, 2008

Apakah wujud had bilangan rakaat solat tarawih?

Setiap tahun apabila tiba bulan Ramadhan, persoalan yang tidak terlepas dari perbincangan adalah berkenaan dengan bilangan rakaat didalam solat tarawih. Ada dikalangan mereka yang mengatakan bahawa orang yang solat 20 rakaat tidak mengikut sunnah Nabi :saw. Berdasarkan dalil A’isyah ra. mereka mengatakan bahawa Nabi :saw bersolat 10 rakaat diikuti dengan 3 witir.

Nabi :saw pernah memulakan solat malam Ramadhan di masjid dan baginda telah diikuti oleh beberapa sahabat yang melihatnya Peristiwa ini telah diperbincangkan oleh para sahabat pada keesokkan harinya. Maka para hari kemudiannya jemaah di masjid semakin bertambah. Pada malam keempat, baginda tidak kelihatan lagi di masjid sehinggalah baginda keluar untuk bersolat subuh. Setelah selesai solat, baginda mengatakan bahawa beliau tidak meneruskan solat tersebut kerana takut ia diwajibkan keatas mereka dan mereka tidak mampu melaksanakannya.
Selepas Nabi :saw wafat, umat Islam masih menunaikan solat tarawih secara bersendirian, baik dizaman Abu Bakar ra dan bahagian awal pemerintahan Umar ra. Umar ra apabila melihat umat Islam solat berasing-asingan, beliau telah mengarahkan Ubay bin Ka’ab mengimami solat tarawih tersebut yang dilakukan secara berjemaah.Imam Bukhari tidak pula meriwayatkan berapakah jumlah bilangan rakaat tarawih yang dilakukan, Disanalah terdapat perselisihan bilangan rakaat, samada 11, 13 atau 21 termasuk witir.

Sejarah telah mencatatkan bahawa para-para salaf bersolat lebih dari 13 rakaat solat tarawih dan melakukan pelbagai aktiviti ibadat sebagai selingan. Jelas menunjukkan bahawa masyarakat Mekah pada zaman dulu melakukan tawaf dimasa rehat diantara 2 solat tarawih, dan mereka bersolat 20 rakaat. Masyarakat Madinah pada masa Umar bin Abdul Aziz menambah rakaat sampai kepada 36 rakaat dan 3 witir sebagai ganti ibadat tawaf. Begitu juga semasa selingan (rehat) diantara 2 rakaat atau 4 rakaat solat tarawih boleh diisi dengan bacaan al-Quran, berselawat, berdo'a dsb, yang jatuh kepada definasi luas ibadat zikir .Mengenai solat tarawih 36 rakaat, Imam Malik rh menyatakan bahawa : ini merupakan masalah lama bagi kami.

Imam Syafie rh juga menyebut bahawa : aku melihat orang bersolat tarawih di Madinah 39 rakaat, di Mekah pula 23 rakaat, dan tidak sedkitpun menghadkan perkara ini. Ibn Hajar rh didalam Fath al-bari menyatakan bahawa ada dikalangan para salaf yang melakukan solat tarawih 40 rakaat, dan tidak termasuk witir!
Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan bahawa perkara yang paling penting adalah tidak perlu berbicara panjang mengenai berapakah jumlah rakaat tarawih, akan tetapi hendaklah menunaikan hak-hak toma’ninah dan kekhusyukkan solatnya. Al-Qaradhawi menegaskan bahawa apa yang perlu dihindari adalah seperti terdapat masjid yang melakukan solat tarawih ibarat punggung-punggung mereka yang kepanasan dan mereka ingin bebas darinya, yakni melakukan solat 20 rakaat dalam masa kurang dari 20 minit.

Syiekh Ibn Taimiyah rh mempunyai penjelasan yang baik mengenai bilangan rakaat solat tarawih ini, Beliau menjelaskan bahawa terdapat kaum salaf yang bersolat 40 rakaat dan 3 rakaat witir, dan ada pula yang bersolat 39 rakaat bersama 3 rakaat witir. Kenyataan ini telah diketahui umum, dan bagi beliau, sesiapa yang ingin mengikuti amalan mereka ini adalah baik.
Berkata Syeikh Ibn Taimiyah lagi :

التراويح إن صلاها كمذهب أبي حنيفة ، والشافعي ، وأحمد : عشرين ركعة أو : كمذهب مالك ستا وثلاثين ، أو ثلاث عشرة ، أو إحدى عشرة فقد أحسن ، كما نص عليه الإمام أحمد لعدم التوقيف فيكون تكثير الركعات وتقليلها بحسب طول القيام وقصره .
"Jika seorang bersolat Tarawih sepertimana mazhab Abu Hanifah, Al-Syafie dan Ahmad : 20 rakaat atau : sebagaimana Mazhab Malik iaitu 36 rakaat, atau 13 rakaat, atau 11 rakaat, maka itu yang terbaik, sebagaimana Imam Ahmad berkata, kerana tidak dinyatakan mengenai bilangan rakaatnya, oleh itu lebih atau kurangnya bilangan rakaat bergantung kepada berapa panjang atau pendeknya qiamnya" - [Al-Ikhtiyaaraat ms 64]

Syeikh menjelaskan bahawa bilangan rakaat ini terpulang kepada kemampuan seseorang. Jika seseorang itu mampu berdiri lama, maka solatlah sebagaimana Nabi :saw lakukan, 10 rakaat dan 3 witir. Akan tetapi, jika seseorang itu tidak mampu berdiri lama, maka bersolatlah 20 rakaat sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakkan orang Islam, kerana jumlah ini adalah yang pertengahan diantara 20 dan 40 rakaat. Komentar Syiekh Ibn Tamiyah lagi :

ومن ظن أن قيام رمضان فيه عدد مؤقت عن النبي صلى الله عليه وسلم، لا يزاد ولا ينقص منه فقد أخطأ.
“Barangsiapa yang beranggapan bahawa qiam Ramadhan merupakan jumlah yang telah ditentukan oleh Nabi :saw, tidak boleh ditambah atau dikurangi, maka dia telah silap”.

Kesimpulan ini jelas menunjukkan bahawa solat tarawih merupakan sejenis solat sunat yang dilakukan pada waktu malam, sebagai sabda Nabi :saw, "Solat malam itu dua rakaat, dua rakaat" (صلاة الليل مَثْنَى مَثْنَى). Usahlah dipertikaikan siapa yang lebih sunnah, kerana mungkin kita sendiri tidak memahami bagaimana sunnah itu diaplikasikan oleh para ulama' salaf. Oleh itu, buatlah ikut kemampuan masing-masing.

Saturday, June 21, 2008

BERSEMAYAMNYA ALLAH DI ATAS 'ARSY

Ahlu Hadits berkeyakinan dan bersaksi bahwa Allah

subhanahu wa ta'ala berada di atas tujuh lapis langit, di

atas 'Arsy-Nya, sebagaimana dalam surat Yunus:

"Sesungguhnya Rabb kamu ialah Allah Yang menciptakan

langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia

bersemayam di atas 'Arsy (singgasana) untuk mengatur

segala urusan. Tiada seorangpun yang akan memberi

syafa'at kecuali sesudah ada keizinan-Nya" (Yunus:3)

"Allah-lah yang meninggikan langit tanpa tiang

(sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam

di atas 'Arsy, dan menundukkan matahari dan

bulan.Masing-masing beredar hingga waktu yang

ditentukan.Allah mengatur urusan (makhluk-Nya),

menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu

meyakini pertemuan(mu) dengan Rabbmu".(Ar-Ra'd:2)

.. kemudian Dia bersemayam di atas Arsy, (Dialah) Yang

Maha Pemurah, maka tanyakanlah (tentang Allah) kepada

yang Maha Mengetahui" (Al-Furqan:59)

"kemudian Dia-pun bersamayam di atas 'Arsy".(As-Sajdah:4)

"Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian

(urusan) itu naik kepada-Nya..". (As-Sajadah:5)

"Apakah kamu merasa terhadap Allah yang di langit bahwa

Dia menjungkir balikkan bumi bersama kamu, sehingga

tiba-tiba bumi itu bergoncang". (Al-Mulk:16)

Allah subhanahu wa ta'ala memberitakan tentang Fir'aun

yang terlaknat, bahwasanya ia pernah berkata kepada

Haman (pembantunya):

"Dan berkatalah Fir'aun: "Hai Haman, buatkanlah bagiku

sebuah bangunan yang tinggi supaya aku sampai ke pintupintu,

(yaitu) pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat

Ilah Musa dan sesungguhnya aku memandangnya seorang

pendusta..." (Al-Mu'min:36-37)

Fir'aun berkata demikian karena ia mendengar Musa

mengabarkan bahwa Rabbnya berada di atas langit.

Para ulama dan tokoh imam-imam dari kalangan salaf tidak

pernah berbeda pendapat, bahwa Allah 'azza wa jalla'

berada diatas 'arsy-Nya. Dan 'arsy-Nya berada di atas tujuh

lapis langit. Mereka menetapkan segala yang ditetapkan

Allah, mengimaninya serta membenarkannya.

Mereka menyatakan seperti yang Allah katakan bahwa Allah

bersamayam di atas 'Arsy-Nya. Mereka membiarkan makna

ayat itu berdasarkan dzhahirnya, dan menyerahkan

hakikatnya sesungguhnya kepada Allah subhanahu wa

ta'ala. Mereka mengatakan:

"Kami mengimani, semuanya itu dari sisi Rabb kami. Dan

tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan

orang-orang yang berakal"(Ali-'Imran:7).

Sebagaimana Allah terangkan tentang orang-orang yang

dalam ilmunya mengatakan demikian, dan Allah ridha serta

memujinya.

Imam Malik pernah ditanya dalam majelisnya tentang ayat

Allah:

"Ar-Rahman bersemayam di atas 'Arsynya".(Thaha:5),

Bagaimana caranya Allah bersemayam?. Maka Imam Malik

menjawab:" Bersemayam itu maklum (diketahui maknanya),

bagaimananya (caranya) tidak diketahui, menanyakan

bagaimananya adalah bid'ah, dan saya memandang kamu

(penanya) sebagai orang yang sesat, kemudian

memerintahkan untuk mengeluarkan penanya tersebut dari

majelis.

Abdullah bin Al-Mubarak berkata:"Kami mengetahui Rabb

kami berada di atas 7 lapis langit, bersemayam di atas

'Arsy-Nya, terpisah dengan makhluk-Nya. Dan kami tidak

menyatakan seperti ucapan Jahmiyyah bahwa Allah ada di

sini, beliau menunjuk ke tanah (bumi)".27

Abu Bakar Muhammad bin Ishaq bin Khuzaimah

berkata:"Barangsiapa yang tidak menetapkan bahwa Allah

subhanahu wa ta'ala berada di atas 'Arsy-Nya maka dia

kufur kepada Rabbnya, halal darahnya, diminta taubat,

kalau menolak maka dipenggal lehernya, lalu bangkainya

dicampakkan ke pembuangan sampah agar kaum muslimin

dan orang-orang mu'ahad tidak terganggu oleh bau busuk

bangkainya, hartanya dianggap sebagai fa'i (rampasan

perang)-tidak halal diwarisi oleh seorang pun muslimin,

karena seorang muslim tidak mewarisi harta orang kafir,

sebagaimana sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam:"

27 Sanadnya Hasan

Seorang Muslim tidak mewarisi orang kafir dan orang kafir

tidak mewarisi orang muslim"(HR. Bukhari)

Dalam hadits Mu'awiyah bin Hakam, bahwa ia berniat

membebaskan budak sebagai kifarat. Lalu ia bertanya

kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, maka

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menguji budak

wanita. Beliau bertanya:"dimanakah Allah?", maka ia

menjawab di atas langit, beliau bertanya lagi:"Siapa aku?",

maka ia menjawab:"Anda utusan Allah".28

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menghukumi

sebagai muslimah karena ia menyatakan bahwa Allah di

atas langit.

Imam Az-Zuhri-imamnya para imam berkata:"Allahlah yang

berhak memberi keterangan, Rasulullah shallallahu 'alaihi

wa sallam yang berhak menyampaikan dan kita wajib

pasrah menerimanya"

Wahhab bin Munabbih berkata kepada Ja'ad bin

Dirham:"Sungguh celaka engkai wahai Ja'ad karena

masalah itu (karena Ja'ad mengingkari sifat-sifat Allah)!,

seandainya Allah tidak mengkhabarkan dalam Kitab-Nya

bahwa Ia memiliki tangan, mata dan wajah, niscaya aku

tidak berani mengatakannya, takutlah kepada Allah!"

Khalid bin Abdillah Al-Qisri suatu ketika berkhutbah pada

hari raya I'edul Adha di Basrah, pada akhir khutbahnya ia

berkata:"Pulanglah kalian kerumah masing-masing dan

sembelihlah kurban-kurban kalian-semoga Allah

memberikahi kurban kalian.

Sesungguhnya pada hari ini aku akan meyembelih Ja'ad bin

Dirham, karena ia berkata: Allah tidak pernah mengangkat

Ibrahim 'alaihissalam sebagai kekasih-Nya, dan tidak

pernah mengajak Musa berbicara. Sungguh Maha Suci

Allah dari apa yang dikatakan Ja'ad karena kesombongan,

maka Khalid turun dari mimbar dan menyembelih Ja'ad

dengan tangannya sendiri, kemudian memerintahkan untuk

disalib.

28 HR.Muslim dan lainnya

Saturday, May 3, 2008

Renungan untuk remaja Islam..

Cerita yang akan anda baca hanyalah rekaan semata2..x da kaitan dgn yang hidup & mati..so, x perlu la nak di pikir2kn..sekadar utk merehatkan minda anda semua setelah penat belajar ;)

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna.. Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka.. Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk.. Ada pula yang kate saya kuat emo.. Sikit-sikit nak marah.. Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak, kononnya nak tarik perhatian orang lain. Saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya, terutamanya pelajar-pelajar perempuan.. Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti).. tapi saya tak kesah.. asalkan ada yang terhibur..

Tapi saya tetap merasakan kekosongan.. Memang lumrah manusia.. Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita. Macam itulah yang saya rasa.. Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'.. Di dorm sms awek sampai pagi.. ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir.. "Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu.. saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'. .. Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal.. Tapi saya tak kisah..nak beli gak.. Akhirnya, dipendekkan cerita.. saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat. . Apa orang kata..'ALL OUT'lah.. haha.. Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya.. 'gayut' malam-malam. .kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam.. Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu.. Tidak terasa pun kehilangannya. .

Mase bercinta memang indah... Semuanya indah.. Sikit-sikit gurau-gurau, Sikit-sikit gelak-gelak. . kalau merajuk men pujuk2.. kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia.. Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir.. Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam. . Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah.. Alhamdulillah. . Dalam ceramah tu saya sedar, saya banyak buat dosa dan saya kena brubah.. Hidup saya mesti selari dengan Islam.. Saya kena jadi baik.. Sebab memang itu fitrah manusia..mengingina kan kebaikan.. Semua orang nak masuk syurga kan ?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid.. Rapatkan diri dengan Al-Quran.. Selalu solat jemaah awal waktu.. Selalu dengar tazkirah..
Saya beli terjemahan
Quran, sebab nak tadabbur Quran. Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak, Saya taknak jadi baik seorang diri.. jadi saya ajak awak sekali.. Saya ajak awak baca Al-Quran.. saya kejut awk bangun subuh..(calling) .. saya ajak awak saling beri tazkirah..

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya.. Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple. Saya kata,kita bukan buat benda yang salah.. bercinta kerana Allah.. Kita couple tak macam orang lain.. Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je.. ade yang siap wat mksiat lg.. pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi.. Tapi kita couple baik-baik.. Jaga batas-batas syara'.. Tak guna ayat jiwang-jiwang, janji tak nak jumpa, takut berlaku maksiat.. cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya itu.. Saya pun banyak nasihat awak.. Awk pun terima.. Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu. Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa.. Dan akhirnya saya rasa.. Hubungan kita semakin diredahai.. Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan. .

Dalam proses perubahan saya, Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib.. Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran. Kalau kita tidak berdakwah.. kita akan dipertanggungjawabk an oleh Allah di akhirat kelak. Sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf, surah ke 7,ayat ke 164:
Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka
menjawab: "Agar kami mempunyai alas an (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik. Tegur mereka apa sahaja yang silap.. Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose.. Saya mesti nak tegur. Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman.. Ape lagi..tegur je la depan-depan. .huhu~~

Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..

"COUPLE HARAM"

Saya tak percaya.. tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak.. huhu~~ tapi biasala.. kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita...

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu.. dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat.. Kita jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang. . Cuma saling ambil berat.. Tanya khabar.. Borak-borak. . Siap bagi tzkirah lagi.. Apa yang haramnya dengan benda ni? Tak kisahlah..

Masa terus berlalu...

Masa ni dah nak dekat Trial SPM.. lagi tiga minggu sebelum trial.. dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan.. buat study group Pada masa yang sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima.. ada juga yang buat tak tahu Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula.. macam-macamlah alasannya ada kata saya tegur tak berhikmah.. ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je.. Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu.. huhu~~


Suatu masa.. ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri.. saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir? (Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

"Selama ini aku asyik tegur orang je. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan, Cepat marah, suka buang masa, ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. (Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..

"Alah kau tu..cakap je berapi.. gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau dengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu berhubung dengan perempuan? Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali.. saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu.. saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu.. Dalam fikiran saya.. "Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati. ."



******



Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf, pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri Lagipun kami semua penat.. takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam.. pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak. . "Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke? Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu.. Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit boleh?"

"Em,boleh..duduklah . Nta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya. .couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. "

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut, Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan . Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan ?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat

elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia..
Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu.
Brother tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akh, nta kena ingat. Kekuatan
itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."

Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan.."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."


Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum. .Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa.
Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum. ."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang.
Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab. ."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.



*******



Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba . Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum. .saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga.
Tapi saya tak nak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan.. Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal

Tapi carilah Cinta Allah,tiada penipuan,tidak pernah mengecewakan,itulah Cinta abadi,Cinta yg diredhai.....

Wednesday, April 2, 2008

Kata-kata 4 Mazhab

Sangatlah bermanfaat bagi kita untuk membaca perkataan para Imam madzhab yang empat (Madzhab Hanafi, Madzhab Maliki, Madzhab Syafi',i dan Madzhab Hambali), Agar kita selalu mengikuti Sunnah dan meninggalkan perkataan serta pendapat-pendapat yang menyelisihi Sunnah walaupun bersumber daripada mereka sendiri (Para Imam Madzhab). Hal ini merupakan bantahan terhadap orang-orang yang jauh dari ilmu agama dan selalu taqlid buta (mengikut tanpa melihat hujah), dimana mereka sering berkata " Kalau bukan pendapat Imam Syafi'i, maka aku akan menolaknya" atau "Aku hanya akan mau memakai pendapat Imam Hambali, yang selainnya aku enggan."

Sedangkan Imam Syafi'i dan Imam Hambali juga Imam-imam yang lain, tidak pernah sekalipun mengajarkan kepada para pengikut-pengikutnya, untuk fanatik buta kepada mereka. Semoga dengan mendengar perkataan-perkataan daripada mereka, kita akan semakin Istiqamah dalam menegakkan Sunnah dan meninggalkan pendapat yang menyelisihinya .


Berikut adalah perkataan para Imam-imam tersebut , semoga Allah merahmati mereka :

a) ABU HANIFAH (Imam Madzhab Hanafi)

1. “Apabila hadits itu shahih, maka hadits itu adalah madzhabku.” (Ibnu Abidin di dalam Al-Hasyiyah 1/63)


2. “Tidak dihalalkan bagi seseorang untuk berpegang kepada perkataan kami, selagi dia tidak mengetahui dari mana kami mengambilnya”. (Ibnu Abdil Barr di dalam Al-Intiqa'u fi Fadha 'ilits Tsalatsatil A'immatil Fuqaha'i, hal. 145)


3. Di dalam sebuah riwayat dikatakan: “Adalah haram bagi orang yang tidak mengetahui alasanku untuk memberikan fatwa dengan perkataanku”.


4. Di dalam sebuah riwayat ditambahkan: “Sesungguhnya kami adalah manusia yang mengatakan perkataan pada hari ini dan menariknya balik di esok hari”.


5. “Jika aku mengatakan suatu perkataan yang bertentangan dengan kitab Allah dan khabar Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, maka tinggalkanlah perkataanku”. (Al-Fulani di dalam Al-lqazh, hal. 50)

a) MALIK BIN ANAS (Imam Madzhab Maliki)
Imam Malik berkata:


1. “Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia yang salah dan benar. Maka perhatikanlah pendapatku. Setiap pendapat yang sesuai dengan Kitab dan Sunnah, ambillah dan setiap yang tidak sesuai dengan Al Kitab dan Sunnah, tinggalkanlah”. (Ibnu Abdil Barr di dalam Al-Jami', 2/32)


2 “Tidak ada seorang pun setelah Nabi Shallallahu alaihi wa sallam, kecuali dari perkataannya itu ada yang diambil dan yang ditinggalkan, kecuali Nabi Shallallahu alaihi wa sallam”. (Ibnu Abdil Hadi di dalam Irsyadus Salik, 1/227)


3. Ibnu Wahab berkata, “Aku mendengar bahawa Imam Malik ditanya tentang menyelang-nyelangi jari di dalam berwudhu, lalu dia berkata, “Tidak ada hal itu pada manusia”. Dia berkata, “Maka aku meninggalkannya hingga manusia berkurangan, kemudian aku berkata kepadanya. Kami mempunyai sebuah sunnah di dalam hal itu, maka dia berkata: “Apakah itu”? “Aku berkata: Al Laits bin Saad dan Ibnu Lahi'ah dan Amr bin Al-Harits dari Yazid bin Amr Al ¬Ma’afiri dari Abi Abdirrahman Al-Habli dari Al Mustaurid bin Syidad Al-Qirasyi telah memberikan hadist kepada kami, dia berkata, ”Aku melihat Rasulullah Shallallahu AlaihinWaSallam menunjukkan kepadaku dengan kelingkingnya apa yang ada diantara jari-jari kedua kakinya”. Maka dia berkata, “sesungguhnya hadist ini adalah Hasan, aku tidak pernah mendengarnya sama sekali kecuali kali ini. Kemudia di hari lain, saya mendengar beliau ditanya tentang hal yang sama lalu beliau menyuruh orang itu untuk menyela-nyela jari kakinya.
(Mukaddimah Al-Jarhu wat Ta'dil, karya Ibnu Abi Hatim, hal. 32-33)

c) ASY-SYAFI'I (Imam Madzhab Syafi'i)
Adapun perkataan-perkataan yang diambil dari Imam Syafi'i di dalam hal ini lebih banyak dan lebih baik, dan para pengikutnya pun lebih banyak mengamalkannya. Di antaranya:

1. “Tidak ada seorangpun, kecuali dia wajib bermadzab dengan Sunnah Rasulullah dan mengikutinya. Apapun pendapat yang aku katakan atau sesuatu yang aku katakan itu berasal daripada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam tetapi bertentangan dengan ucapanku. Maka peganglah sabda Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam. Inilah ucapanku.” (Tarikhu Damsyiq karya Ibnu Asakir,15/1/3)


2. “Kaum muslimin telah sepakat baahwa barang siapa yang telah terang baginya Sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, maka tidak halal baginya untuk meninggalkannya, hanya kerana mengikut perkataan seseorang.”
(Ibnul Qayyim, 2/361, dan Al-Fulani, hal.68)


3. “Apabila kamu mendapatkan di dalam kitabku apa yang bertentangan dengan Sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, maka berkatalah dengan sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, dan tinggalkanlah apa yang aku katakan.” (Al-Harawi di dalam Dzammul Kalam,3/47/1)


4. “Apabila Hadist itu Shahih, maka ia adalah madzhabku.” (An-Nawawi di dalam AI-Majmu', Asy-Sya'rani,10/57)


5. “Kamu (Imam Ahmad) lebih tahu dari padaku tentang hadist , dan orang-orangnya (Rijalull-Hadits). Apabila hadist itu shahih, maka ajarkanlah ia kepadaku biar dari manapun orangnya, baik dia dari Kufah, Bashrah mahupun dari Syam, sehingga apabila ia shahih, aku akan bermadzhab dengannya.” ( Al-Khathib di dalam Al-Ihtijaj bisy-Syafi'I, 8/1)


6. “Setiap masalah yang didalamnya terdapat khabar daripada Rasulullah Shalallahu alaihi wa sallam yang shahih …..dan bertentangan dengan apa yang aku katakan, maka aku menariknya balik di dalam hidupku dan setelah aku mati.” (Al-Harawi, 47/1)


7. “Apabila kamu melihat aku mengatakan suatu perkataan, sedangkan hadist Nabi yang bertentangan dengannya shahih,ketahuilah bahawa itu bererti pendapatku tidak berguna lagi).” (Al-Mutaqa, 234/1 karya Abu Hafash Al-Mu'addab)


8. “Setiap apa yang aku katakan bila bertentangan dengan riwayat yang shahih dari Nabi SAW, maka hadith nabi saw lebih utama dan janganlah kalian bertaqlid kepadaku” (ibnu Asakir, 15/9/2)

9. “Setiap hadith yang datang dari nabi saw, bererti itulah pendapatku sekalipun kalian tidak mendengarnya sendiri daripada aku”. (Al-Filani dan Ibn Qayyim di dalam al-I’lam)

AHMAD BIN HAMBAL (Imam Madzhab Hambali) '
Imam Ahmad adalah salah seorang imam yang paling banyak mengumpulkan sunnah dan paling berpegang teguh kepadanya. Sehingga dia membenci penulisan buku-buku yang memuat cabang-cabang (furu’ ) dan pendapat. Oleh kerana itu dia berkata:


1. “Janganlah engkau mengikuti aku dan jangan pula engkau mengikuti Malik, Syafi'i, Auza'i dan Tsauri, tetapi ambillah dari mana mereka mengambil.” (Al-Fulani, 113 dan Ibnul Qayyim di dalam Al-I'lam, 2/302)


2. “Pendapat Auza'i, pendapat Malik, dan pendapat Abu Hanifah semuanya adalah pendapat, dan ia bagiku adalah sama, sedangkan alasan hanyalah terdapat di dalam atsar-atsar (hadits-hadits. Red.)” (Ibnul Abdl Brr di dalam Al-Jami`, 2/149)


3. “Barang siapa yang menolak hadits Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, maka sesungguhnya dia telah berada di tepi kehancuran.” (Ibnul Jauzi, 182).

Allah berfirman: "Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa di dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya" (An-Nisa:65), dan firman-Nya: "Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah-Nya takut akan ditimpa cubaan atau ditimpa adzab yang pedih. " (An-Nur:63).