Saturday, March 29, 2008

CINTA,Sahabatku Melalui Jalannya Terlebih Dahulu

Aku dikejutkan dengan suatu hakikat yang telah berlaku kepada dua insan yang kukenali dalam perjalanan hidup ini.Memang di luar jangkaan.Moga anda berdua meniti jalan keredhaan ALLAH.

Romantik, Caring, Sentimental Value, Sehati Sejiwa, Fantastik: Semuanya Hanyalah Plastik.

Melibatkan diri dalam perhubungan erat yakni dunia percintaan yang lebih ke arah nilai-nilai di atas semuanya adalah plastik atau tiada pengertian cinta hakiki sebenarnya. Cinta di atas lebih ke arah kepada rangsangan nafsu yang disalah erti kerana perhubungan persahabatan yang rapat dan terbuai oleh dodoian perasaan. Sebab hakikat percintaan yang dibenarkan oleh Islam ialah asas daya tarikan kepada kewarakan seseorang yang menjadi tarikan kepada cinta yang bersyariatkan islam. Kebanyakan persahabatan yang lebih bermotifkan memikat sememangnya lebih ke arah sentimental value yakni lebih kepada pemberian hadiah tidak kira apa jua barangnya. Jika tidak berminat masakan nak mengorbankan wang kepada seseorang. Romantik pada dasarnya adalah bukan satu prinsip di dalam Islam. Oleh itu, bagaimanakah akan wujudnya hubungan romantik sekiranya mereka tidak berhubungan atas alasan kalau hanyalah melalui asas pendekatan Islam ? Cinta di dalam Islam sebenarnya tiada hubungan romantik atau caring atas alasan jika benar pencinta pencinta yang memahami corak Islam lebih ke arah menulis peringatan peringatan Allah yang senantiasa takutkan kemurkaan Allah di dalam konteks cara perhubungan walaupun mungkin tidak pernah berdating.

Malah orang yang bercinta di dalam bentuk syariat Islam takut untuk berhubungan secara menulis kerana was was dengan keupayaan menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan zina hati. Malah orang yang benar benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah lembut dalam bentuk hubungan lain seperti chat kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih ke arah tidak tertapis dan bisa menggoda keimanan dengan rasa rindu dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta asmara dana bermula kecuali bagi mereka yang benar-benar tidak ada masalah hati, itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak disekat.

Semakin kerap berhubung akan menjadikan semakin rapat perhubungan dan akhirnya tanpa mengimbangkan kewarasan akal dan lebih mementingkan perasaan dan nafsu akhirnya menjerumus kepada kefahaman itulah cinta yang sebenarnya. Kerana atas dasar apa rasa rindu yang amat sangat? Sedangkan hakikat rindu yang sebenar ialah rindukan Allah. Orang yang beriman dapat menangkis ketahanan rindu apabila asas cinta benar benar berlandaskan iman . Bukankah di dalam Islam sendiri sudah menggaris pandu corak meminang wanita, tetapi anak-anak muda dewasa ini lebih suka kepada bercinta dan mencari cinta serta mencari masalah di dalam konteks perhubungan cinta yang mana akhirnya akan terjebak di dalam lautan cinta yang memabukkan.Cinta berasaskan Islam ialah cintakan kebaikan, keimanan dan keutuhan pendirian kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan iman di hari depan.

Malah cinta di dalam Islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan kewarakan responden kerana itulah cinta hakiki yang tidak boleh dijual beli. Malah malu untuk berkata-kata di sebalik kata-kata yang tidak sepatutnya. Apabila individu itu benar-benar mencintai seseorang itu atas sifat-sifat di dalam diri respondennya, ia lebih ke arah sifat mengkagumi untuk memilikinya tanpa syak dan was was akan kebaikan, keimanannya dan keutuhan pendirian responden. Jika ia benar-benar memahami konteks iman di dalam percintaan yang terbina di dalam dirinya, daya tarikan ke arah cabaran cabaran cinta luaran murahan yang mendatang tidak bisa menembusinya. Maka tidak ada dua tiga ke atau empat sikap jatuh cinta di dalam satu masa. Malah, masalah samada sayang atau tidak sayang tidak timbul kerana asas cinta sebenar ialah keupayaan untuk sama sama menggembeling meningkatkan iman andaikata terbina ikatan yang diakhiri ukhwah di dalam percintaan iaitu ikatan rumahtangga. Cinta berasaskan Islam dan syariat lebih ke arah memupuk ukhwah Islamiyah di dalam pemantapan jasmani dan rohani. Itulah cinta yang sebenar di dalam Islam. Bukan seperti sebahagian dari anak-anak muda yang tidak memahami konteks percintaan hakiki yang mana terlalu mudah jatuh cinta dengan hanya sekali pandang, dan juga dengan hanya tautan kata -kata. Sememangnya tidak dinafikan kuasa cinta benar-benar dapat menguasai respondennya.

Ada
yang berubah sikap dengan rangsangan cinta. Sebagai contoh ada yang semakin beriman, semakin baik dan semakin terdidik kerana nasihat dan peringatan oleh orang yang dicintainya. Tetapi adakah rangsangan itu akan terus berkekalan andaikata cinta berpaling arah atau tidak menjadi. Inilah yang dibimbangi kerana rangsangan cinta murahan hanya satu kepura-puraan yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati. Ada yang jadi baik dan bercakap yang baik-baik di depan orang yang dicintainya. Maklumlah orang yang dicintai itu seorang yang beriman. Tetapi bila bercakap dengan kawan-kawan lain mulalah membebel entah apa-apa kerana tiada asas malu. Sebab itu di dalam konteks perhubungan cinta sesama Islam, jika ingin memulakan ikatan cinta itu berasaskan cinta yang penuh didikan iman, perhatikan muamalat responden agar tidak tersalah jatuh di dalam jerat percintaan yang tidak patut. Sebab ia lebih ke arah mengheret masalah baru. Mungkin akan menjatuhkan ke lembah hina seperti yang terjadi di dalam kes Nur Aisyah Bukhari. Semuanya bermula dari kesilapan Nur Aisyah sendiri yakni tidak memerhati, memikir baik-baik dan memutuskan apa yang di cintainya itu layak atau tidak untuk dicintai. Sungguhpun di katakan Nur Aisyah sudah terdidik sebelum ini, akan tetapi iman yang sebenarnya ialah dari asas pendekatan dirinya sendiri. Ilmu yang dipelajarinya sekiranya tidak diamalkan akan menjadi perosak di dalam dirinya maka itulah yang berlaku di dalam diri Nur Aisyah.

Begitu juga dengan anak-anak muda kita bila mana seorang pemuda menyampaikan hasrat cintanya, jangan mudah terusik hati.
Perhatikan agamanya, kebaikannya dan segalanya sejak dia belum mengenali kita. Maksudnya ialah sifat asalnya dan muamalat asalnya, kerana jika kita mudah membenarkan hati dilalui, ia hanya akan membuka peluang kepada ke arah ketidak fahaman konsep cinta berasaskan islam. Uji mereka dulu dengan corak akhlak dan pergaulan iaitu jangan membenarkan kita dirapati akan perasaan mereka agar menimbulkan keraguan dan was-was yang kita tidak menerima cinta mereka. Ini tidak, anak-anak gadis dan pemuda suka melayan dan melayan dan akhirnya terbuai kata-kata asmara yang terbina sendiri dan menimbulkan kerosakan hati di dalam hati mereka sendiri. Biarlah di katakan diri kita ego tetapi ego untuk kebaikan iaitu menjaga diri untuk mengimbangi antara kewarasan akal dan iman yang akan menjadi benteng dan senjata melumpuhkan pihak lawan. Benarkah begitu? Sebab bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman mempunyai sifat sifat yang konkrit di dalam pendirian mahupun akhlak. Bukankah akhlak yang cantik terbina dari didikan hati naruni iman yang cantik? Bagi yang memahami dan mengerti apa itu iman, dia tidak ragu-ragu untuk terus memiliki perempuan itu dengan jalan terbaik iaitu apa? Tentulah sekali dengan meminang wanita ini. Sebab wanita ini bukan calang-calang imannya. Tentulah terfikir di hati mereka "Akulah yang paling bertuah andaikata aku berupaya memiliki wanita yang paling payah untuk dikuasai kerana apabila diberinya cintanya pada aku, akulah orang yang paling agung dan terhormat di atas pemberiannya itu dengan cara yang diizin dan dihalalkan oleh Islam dan Allah Ta`ala" Oleh itu, kata-kata bidalan "Berkawan biar beribu bercinta biar satu" tidak begitu tepat di dalam konteks Islam dan patut ditambah "Bercinta biarlah untuk teman di akhirat yang dihalalkan oleh Islam" disebabkan faktor-faktor semua panahan cinta di atas konsep berkawan adalah tidak tepat dan bercanggah di dalam konteks perhubungan di dalam Islam kerana ia hanya boleh menjatuhkan ke arah perhubungan dalam suasana fitnah. Akhir kalam, hanya Jauhari sahaja yang mengenal Manikamnya yakni hanya orang-orang yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan orang yang patut dicintainya kerana hanya orang yang baik-baik sahaja yang inginkan sesuatu yang baik. Di situ sudah menampakkan penilaiannya di mana jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik dan begitulah sebaliknya.

Pernah aku terfikir akan wanita mukminah solehah,namun wajarkah aku jebakkan diri dalam percintaan kepada wanita,sedangkan masih longgar kecintaanku kepada ALLAH s.w.t.,Nabi Muhammad s.a.w dan perjuangan Islam yang sentiasa memerlukan para 'amillin yang mukhlisin.

Usah bingungkan diri ini.Biar sempurna dulu didikan ilmu.Jadilah orang yang salik dan sentiasa mendambakan diri untuk mardhotillah. Masaku belum tiba.Jika suci murni keikhlasan diri ini serta hubungan dengan ALLAH s.w.t langsung tidak diabaikan,nescaya benarlah janji ALLAH,dia yang terbaik pada pandangan ALLAH akan hadir pada diri ini.

"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik.." Surah An-Nur ayat 26.

Tiada keraguan pada ayat-Mu ya ALLAH.



Friday, March 28, 2008

Bermula akhirnya..

huhu..pada 26 Mac 2008,lebih kurang jam 10malam aku dan sahabat-sahabatku berkumpul di rumah nuat.kami semua datang dengan membawa kitab masing tapi aku tak bawak pun.akhirnya bermulalah usrah kami pada malam tu setelah sekian lama kami merancang untuk mengadakannya.dimulai dengan kata aluan-aluan oleh sheikh,then jumran memulai usrah itu dengan penerangan mengenai akidah yg menjadi akar kepada agama.zul meneruskannya dengan membaca sirah mengenai seorang pemerintah yang adil,nuruddin zenky.dan azmi menyambung perbincangan dengan membaca hadis tentang niat dan menerangkan kepada kami mengenai hadis tersebut.kemudian,nuat meneruskan perbincangan dengan bab taubat.aku meneruskan dengan isu-isu semasa dengan tajuk 'remaja rosak'.aku tidak sempat bersedia untuk menceritakan hal-hal ini.jadi aku hanya menerangkan secara ringkas.sory beb.pastu apa lagi,pekena kopi la,sembang-sembang,pastu aku pun balik bilik la nak tdoq!

Aku..selasa..11 Mac 2008..12.06a.m

Aku cuba berfikir..
Apakah aku ini terlalu jauh dari Cinta Ilahi
Cinta yang dilupakan jutaan manusia dimuka bumi ini
Banyak dosa yang aku lakukan
Yang menjadikan aku lupa Allah,lupa kepada Tuan Punya Dunia
Hati aku tidak berasa takut apabila mendengar peringatan dariNya
Tapi hati orang beriman itu sentiasa bergetar apabila mendengar perkhabaran peringatan dariNya
Dan bertambah imannya apabila mendengar ayat-ayat suciMu
Betapa lemahnya iman hambaMu ini Ya Allah

Ya Allah
Kau tambahkanlah iman kepada hambaMu ini
Aku memerlukan petunjukMu,rahamatMU,cintaMU,perhatianMu
Aku pasti akan berusaha untuk mengejar semua ini Ya Allah

Esok,
Pasti matahari akan menyinarkan cahayanya
Kau terangilah hatiku seperti Kau menerangi cahaya matariMu Ya Allah
Ya Allah,
Kau Tuhanku yang Maha Adil,Maha Pengampun
Kau ampunilah segala dosa-dosa hambaMU ini
Aku pasti akan menunggu hari esok untuk mengejar CintaMu
Dan detik demi detik yang berlalu tidak akan aku siakan untuk mencari Cinta yang Agung ini



futurengineerhilmi

Apa itu Salaf?

Sesungguhnya kalimah (perkataan) Salaf ( (س لف

telah dikenali sama ada dalam Bahasa Arab atau melalui

pengertian syara.9 Perkataan salaf telah dikenal sejak

sekian lama oleh masyarakat Arab antaranya melalui

syair-syair Arab yang terkenal.

Salaf menurut bahasa (etimologi) ialah: “Orang-orang

yang awal ( تق دم ) iaitu yang mula-mula atau ( (س بق

orang-orang yang terdahulu (yang telah berlalu).10

Dimaksudkan juga pendahulu bagi suatu generasi.11 Atau:

"Salaf: Sesiapa yang mendahului kamu seperti ibu

bapa, kerabat yang lebih tua pada umur atau

kedudukan".12

9 . Lihat: Penjelasan Nasruddin Al-Albani dalam Majalah as-Solah

No. 9 Syaban 1414.

10. Lihat: 3/95 معجم مقایس اللغة Ibnu Faris. Lihat: Al-Mufradat Fi

Gharibil Quran, hlm. 244.

11. Lihat: القاموس المحیط Al-Fairuz Abadi.

12. Lihat: Lisan 9/159. Ibnu Manzur. 3/2069, Pengertian dinukil oleh

Ibn Mansur dari Ibnu Atsir dalam Gharibil Hadis. Lihat: المفسرون

1/18 للمغراوى . Lihat: القاموس المحیط Al-Fairuz Abadi.

Antara yang paling benar (tepat dan rajih)

pengertian salaf ialah:

“Orang-orang yang terawal (yang terdahulu)

terutama dari para Nabi, para sahabat Nabi, para

tabi’in dan mereka yang mengikut jejak (meniti

manhaj) mereka-mereka yang telah lalu terutama

para imam mujtahid yang empat”.13

Yang dimaksudkan dengan salaf ialah: Sahabat,

yang mengikut sahabat (tabi’in), yang mengikut

tabi’ut at-tabi’in dan a’immatul Islam yang adil,

yang disepakati oleh umat tentang keimaman

mereka dalam agama, yang hebat peranan mereka

pada menegakkan agama, orang-orang Islam

menerima kata-kata mereka sama ada dari

kalangan salaf atau khalaf, meredai dan menerima

mereka. Seperti dua orang Syufiyan, Laith bin

Sa’ad, Abdullah bin Mubarak, Ibrahim Nakhi, al-

Bukhari, Muslim dan keseluruhan ashabus sunnan

rahimahumullah. Dan tidak termasuk mereka yang

tertuduh sebagai golongan ahli bid’ah dan

menerima gelaran yang tidak diredai seperti

Khawarij, Rawafidh, Mu’tazilah, Jabariyah dan

13 . Lihat: تحفة المرید على جوھر التوحید hlm. 231. Ibrahim Baijuri.

semua firqah yang sesat. Maka mazhab Salaf

ialah: Sesiapa yang berpegang kepada iktikad yang

disandarkan kepada para Salaf as-Soleh.14

Telah dinukil dari as-Safarini dari kitab “Al-

Lawami’ اللوامع ” dari Ibnu Rejab. Ia telah menentukan had

zaman yang dinamakan zaman salaf, yang mana beliau

berkata:

“Pada ketika ini, penentuan zaman salaf menurut

kitab yang termuat kata-kata para a’immah as-

Salaf yang menjadi contoh iaitu hanya sampai ke

zaman as-Syafie, Ahmad, Ishak dan Abi Ubaid.

Namun manusia telah diperingatkan tentang

bid’ah selepas mereka kerana akan berlaku selepas

mereka bid’ah yang amat banyak”.15

Mereka yang ditunjukkan di atas adalah para salaf

yang dinasabkan kebaikan dan digelar sebagai Ahli al-

Hak. Diikuti (ditaati) athar mereka kerana mereka hidup

dikurun yang terbaik sebagaimana yang telah dijelaskan

oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam di beberapa

hadis yang sahih.

14 . Lihat: الغقائ د الس لفیة بادلتھ ا النقلی ة والعقلی ة (ش رح ال درة الس نیة ف ى

عقیدة اھل السنة

1/11 المرضیة . Ahmad bin Hajar Ali Butami.

15 . Lihat: 1/26 لوامع الأنوار البھیة .

SALAF TIDAK DISANDARKAN

KEPADA MASA ATAU TARIKH

Kalau maksud salaf disandarkan Sesungguhnya kalimah (perkataan) salaf ( (س لف

telah dikenali sama ada dalam Bahasa Arab atau melalui

pengertian syara.9 Perkataan salaf telah dikenal sejak

sekian lama oleh masyarakat Arab antaranya melalui

syair-syair Arab yang terkenal.

Salaf menurut bahasa (etimologi) ialah: “Orangorang

yang awal ( تق دم ) iaitu yang mula-mula atau ( (س بق

orang-orang yang terdahulu (yang telah berlalu).10

Dimaksudkan juga pendahulu bagi suatu generasi.11 Atau:

"Salaf: Sesiapa yang mendahului kamu seperti ibu

bapa, kerabat yang lebih tua pada umur atau

kedudukan".12

9 . Lihat: Penjelasan Nasruddin Al-Albani dalam Majalah as-Solah

No. 9 Syaban 1414.

10. Lihat: 3/95 معجم مقایس اللغة Ibnu Faris. Lihat: Al-Mufradat Fi

Gharibil Quran, hlm. 244.

11. Lihat: القاموس المحیط Al-Fairuz Abadi.

12. Lihat: Lisan 9/159. Ibnu Manzur. 3/2069, Pengertian dinukil oleh

Ibn Mansur dari Ibnu Atsir dalam Gharibil Hadis. Lihat: المفسرون

1/18 للمغراوى . Lihat: القاموس المحیط Al-Fairuz Abadi.

Antara yang paling benar (tepat dan rajih)

pengertian salaf ialah:

“Orang-orang yang terawal (yang terdahulu)

terutama dari para Nabi, para sahabat Nabi, para

tabi’in dan mereka yang mengikut jejak (meniti

manhaj) mereka-mereka yang telah lalu terutama

para imam mujtahid yang empat”.13

Yang dimaksudkan dengan salaf ialah: Sahabat,

yang mengikut sahabat (tabi’in), yang mengikut

tabi’ut at-tabi’in dan a’immatul Islam yang adil,

yang disepakati oleh umat tentang keimaman

mereka dalam agama, yang hebat peranan mereka

pada menegakkan agama, orang-orang Islam

menerima kata-kata mereka sama ada dari

kalangan salaf atau khalaf, meredai dan menerima

mereka. Seperti dua orang Syufiyan, Laith bin

Sa’ad, Abdullah bin Mubarak, Ibrahim Nakhi, al-

Bukhari, Muslim dan keseluruhan ashabus sunnan

rahimahumullah. Dan tidak termasuk mereka yang

tertuduh sebagai golongan ahli bid’ah dan

menerima gelaran yang tidak diredai seperti

Khawarij, Rawafidh, Mu’tazilah, Jabariyah dan

13 . Lihat: تحفة المرید على جوھر التوحید hlm. 231. Ibrahim Baijuri.

semua firqah yang sesat. Maka mazhab Salaf

ialah: Sesiapa yang berpegang kepada iktikad yang

disandarkan kepada para Salaf as-Soleh.14

Telah dinukil dari as-Safarini dari kitab “Al-

Lawami’ اللوامع ” dari Ibnu Rejab. Ia telah menentukan had

zaman yang dinamakan zaman salaf, yang mana beliau

berkata:

“Pada ketika ini, penentuan zaman salaf menurut

kitab yang termuat kata-kata para a’immah as-

Salaf yang menjadi contoh iaitu hanya sampai ke

zaman as-Syafie, Ahmad, Ishak dan Abi Ubaid.

Namun manusia telah diperingatkan tentang

bid’ah selepas mereka kerana akan berlaku selepas

mereka bid’ah yang amat banyak”.15

Mereka yang ditunjukkan di atas adalah para salaf

yang dinasabkan kebaikan dan digelar sebagai Ahli al-

Hak. Diikuti (ditaati) athar mereka kerana mereka hidup

dikurun yang terbaik sebagaimana yang telah dijelaskan

oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam di beberapa

hadis yang sahih.

14 . Lihat: الغقائ د الس لفیة بادلتھ ا النقلی ة والعقلی ة (ش رح ال درة الس نیة ف ى

عقیدة اھل السنة

1/11 المرضیة . Ahmad bin Hajar Ali Butami.

15 . Lihat: 1/26 لوامع الأنوار البھیة .

kepada masa atau

tarikh maka marhalah salaf telah berlalu dengan kematian

mereka iaitu mereka yang hidup dikurun generasi pertama

(sahabat) dikurun kedua (tabi’in) dan dikurun ketiga

(dizaman para tabi’ut at-tabi’in). Namun jika disandarkan

kepada manhaj maka salaf, salafi atau salafiyah kekal

berterusan sehingga ke Hari Kiamat.

Tetap sah, diterima dan dianggap sebagai salafi

setiap individu apabila menasabkan (menyandarkan) susur

galur akidah, ibadah, akhlak atau amal mereka kepada

para salaf yang telah berlalu setelah memenuhi syaratsyarat,

tuntutan dan komited kepada prinsip manhaj salafi.

Hakikat ini bersandarkan kepada sabda Rasulullah

sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

“Akan sentiasa ada satu golongan (kelompok) dari

umat ini, yang terang-terangan di atas kebenaran,

tidak akan membahayakan mereka sesiapa yang

menentang mereka sehinggalah datang urusan

Allah sedangkan mereka masih tetap seperti itu

(meniti di atas manhaj salaf yang benar)”.16

Hadis di atas ini adalah khabar dari Nabi

Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Melalui

sabdanya inilah baginda memberi khabar dan keyakinan

kepada orang-orang yang beriman bahawa golongan Salaf

16 . H/R Muslim 3/1523. Kitab al-Imarah.

as-Soleh akan sentiasa ada disetiap generasi dan zaman

sehinggalah ke Hari Kiamat.

Apa itu Manhaj?

Manhaj ( الم نھج ), nahaj ( ال نھج ) atau minhaaj ( (المنھ اج

dari madah: نَھ ج یَ نھج نَھج ا yang semuanya mempunyai

satu makna. Dari segi bahasa manhaj ialah:2

“Jalan yang jelas, terang dan dikatakan juga (mengikut)

jalan yang lurus3 atau mengikut sunnah”.

Kalimah manhaj/minhaj bermakna jalan yang

terang atau mengikut sunnah. Ia disebut di dalam al-

Quran sebagaimana firman Allah Azza wa-Jalla:

2. Lihat: Lisanul Arab 2/383. Abi Fadzil Jamaluddin Muhammad al-

Afriki al-Misri. Lihat: Kamus al-Muhit. 1/209. Fairus Abadi.

3. Lihat: 1/19 منھج الاستدلال على مسائل الاعتق اد عن د اھ ل الس نة والجماع ة .

Uthman bin Ali Hasan.

“Untuk tiap-tiap umat (antara kamu), Kami

berikan aturan dan jalan yang terang (atau

sunnah)”.4

Berkata Abu Ja’far, bahawa manhaj ialah: “Jalan

yang terang atau jelas” ( 5.(البی ان الواض ح Dan apabila

dikatakan ( طریق نَھج ) bererti “Jalan Yang Terang” atau ( (ب ین

“Jelas”.

Menurut Ibn Kathir rahimahullah manhaj ialah:

“Maka manhaj ialah jalan yang terang dan mudah”.6

Manhaj juga dapat difahami menurut sebagaimana

yang dikatakan oleh Ibn Abbas radiallahu ‘anhu yang

diriwayatkan dari Mujahid, Ekrimah, Hasan al-Basri dan

selain mereka:

“Berkata Ibnu Abbas Radiallahu ‘anhu bahawa

manhaj ialah: Jalan atau sunnah”.7

4 . Al-Maidah, 5:48.

5 . Lihat: At-Tabari, 4/609.

6. Lihat: Tafsir Ibn Kathir 2/26. Dan Fathul Qadir 2/48 As-Syaukani.

“Manhaj ialah: Sunnah Nabi. Atau yang terang

dan yang jelas”. 8

Manhaj atau minhaj dimaksudkan juga sebagai

mazhab (aliran atau jalan). Walaupun mazhab sering

digunakan untuk aliran fikah tetapi ia sering juga

digunakan atau dimaksudkan dengan maksud yang sama

dengan manhaj. Seperti disebut: “Manhaj as-Salaf as-

Soleh atau Mazhab as-Salaf as-Soleh”.

7. Lihat: Sahih Bukhari. 1/46 Fathul Bari (Kitab al-Iman). Diriwayatkan

oleh Al-Lalakaii hlm. 66. At-Tabari 6/271. Lihat Ibn Kathir. 3/120.

Lihat: Manhaj Ahli Sunnah wal-Jamaah, 1/50. Khalid bin Abdullatif.

8. Lihat: At-Tabari, 6/609.

Manhaj Salaf

Manhaj salaf bukanlah suatu rekaan

yang diada-adakan oleh pendahulu umat ini. Ia tertulis

dalam al-Quran, hadis-hadis sahih dan di dalam syair -

syair Arab. Manhaj Salaf adalah metodologi yang benarbenar

dapat menyelamatkan akidah, ibadah dan akhlak

umat Islam sejak zaman awal sahabat sehinggalah keakhir

zaman. Kerana sesungguhnya manhaj salaf adalah

manhaj yang dititi, dipegang dan digigit dengan gigi

geraham oleh para sahabat, tabi’in, tabi’ut at-tabi’in serta

mereka-mereka yang mengikut jalan Rasulullah sallallahu

‘alaihi wa-sallam. Manhaj ini adalah manhaj yang paling

selamat. Oleh itu ia wajib dipelajari, diketahui, difahami,

dibela dan menjadi mazhab setiap orang-orang

yang beriman kepada agama Islam.

Dengan memahami manhaj ini, seseorang dapat

melaksanakan segala kewajipan yang disyariatkan dengan

sempurna. Manhaj Salaf mengajar umat bagaimana

meninggalkan segala larangan, mengamalkan segala

suruhan, mengikut contoh tauladan serta memahami

pemahaman sebaik-baik insan dan umat yang telah

dilahirkan ke dunia. Hanya manhaj ini yang dapat

menyelamatkan akidah, ibadah dan akhlak seseorang dari

segala jenis bid’ah., khurafat, tahayul dan kesyirikan yang

menyesatkan.

Tiada jalan dan cara yang paling selamat dan

efisien untuk menyelamatkan umat, kecuali setelah

mereka menyedari akan kebenaran dan selamatnya manhaj

ini dan seterusnya menyandarkan pendisiplinan ilmu,

akidah, ibadah dan akhlak mereka melalui manhaj yang

telah dijamin oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala sebagai

sebaik-baik manhaj. Ini telah dikhabarkan dalam

firmanNya dan juga di dalam hadis-hadis Nabi-Nya

sallallahu ‘alaihi wa-sallam.

Manhaj Salaf telah dipelihara oleh wahyu dengan

terpeliharanya al-Quran dan hadis-hadis yang sahih.

Telah diamalkan dan dijaga dengan rapi terutamanya oleh

generasi sahabat yang telah diredai dan dimuliakan oleh

Allah Azza wa-Jalla. Manhaj Salaf adalah warisan Nabi

Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam kepada generasi

yang termulia di kalangan umat manusia yang ada di

dunia ini. Oleh yang demikian sewajarnya diingat bahawa

setiap muslim perlu ada tiga dasar pada diri mereka agar

menjadi Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf

yang sebenar iaitu:

Pertama: Berpegang kepada kitab suci al-Quran sebagai

Kitabullah yang berisi dalil-dalil qati’i dan

hujjah-hujjah tauqifi.

Kedua: Berpegang teguh kepada al-Hadis yang sahih

setelah al-Quran kerana ia adalah sunnah

Rasulullah. Iaitu menyerah dan berpegang

secara mutlak kepada nas-nas al-Quran dan

as-Sunnah. Sama sekali tidak menolaknya.

Tidak melaga-lagakan antara satu dengan

yang lain. Tidak menyangkal dengan akal

sebagaimana perbuatan Mu’tazilah, dengan

perasaan sebagaimana Ahli Ahwa (Ahli Hawa

Nafsu atau Ahli Bid’ah), dengan mimpi

sebagaimana ahli sufi dan tarikat atau dengan

ilham sebagaimana Ahli Falsafah. Dan tidak

ada yang diutama dan didahulukan setelah

adanya nas al-Quran dan as-Sunnah.

Ketiga: Berjalan (mengikut) atau bermanhaj Salaf as-

Soleh dengan cara menyandarkan

pemahamannya sama ada dalam persoalan

akidah, ibadah, muamalah dan akhlak secara

berdisiplin dan utuh. Dan semuanya ini

diperolehi melalui bertalaqi (belajar dengan

berguru, bukan semata-mata melalui buku

atau mentala’ah kitab-kitab semata).

Sesiapa sahaja boleh mengaku sebagai Ahli Sunnah

wal-Jamaah tetapi ia hanya benar-benar meniti jalan yang

hak dan sempurna apabila berpegang kepada bahagian

yang ketiga iaitu kembali kepada manhaj Salaf as-Soleh.

Kerana manhaj ini selain dapat menyelamatkan iktiqad,

amalan dan akhlak maka ia juga yang mampu menyatupadukan

umat dalam satu ikatan “Al-Jamaah”.

Manhaj Salaf akan menyelamatkan pengikutnya

dari perpecahan yang berpunca berintima’ (menasabkan

diri) kepada individu, kumpulan, golongan atau berbagaibagi

hizbi (kelompok perpecahan).