By: Hafiz Firdaus
“Wahabi” bukan sahaja salah dari sudut gelaran, ia juga salah dari sudut beberapa tuduhan dan salah faham yang disandarkan kepadanya. Berikut dikemukakan beberapa salah faham tentang gerakan atau fahaman Wahabi, diikuti dengan penjelasan bagi meluruskannya.
Salah Faham Pertama: Wahabi Dan Kuasa Barat.
Salah faham pertama yang akan diluruskan ialah dakwaan bahawa gerakan Wahabi dimulai dan disokong oleh kuasa-kuasa Barat, khasnya Inggeris. Bagi meluruskan salah faham ini, saya merujuk kepada sumber sejarah kuasa-kuasa Barat itu sendiri kerana ia adalah “sumber dalaman” yang lebih tepat bagi menggambarkan apa yang dilakukan oleh kuasa-kuasa tersebut pada zaman itu.
Pertama, kuasa Inggeris memang wujud pada zaman itu, tetapi peranannya hanya bersifat komersil, iaitu menjaga keselamatan perairan teluk bagi laluan kapal-kapal perdagangannya dari India yang merupakan tanah jajahannya saat itu. [Sarah Searight – The British In The Middle East, dikemukakan oleh Jalal Abu al-Rub – Biography And Mission of Muhammad Ibn Abdul Wahhab (Madinah Publishers & Distributors, Florida, 2003), ms. 76-77] Pihak Inggeris atau mana-mana kuasa Barat ketika itu tidak berminat untuk membantu mengembalikan umat Islam kepada agamanya yang tulen.
Kedua: Bukan sekadar tidak minat membantu, kuasa-kuasa Barat sebenarnya amat membenci gerakan Wahabi kerana ia sebenarnya membangkitkan umat Islam. Seorang ahli sejarah Perancis, Almosio Sidio, menulis:
“Apabila Inggeris dan Perancis mengetahui kesepakatan yang tercapai antara Muhammad bin Abdul Wahhab dan Muhammad ibn Sa’ud untuk mentajdidkan agama (Islam) dan ramai masyarakat Arab yang mengikutinya, mereka bimbang ini akan membangkitkan umat Islam dari kelekaan yang menyelubungi umat saat itu. Justeru mereka (Inggeris dan Perancis) bimbang Islam akan kembali kuat sebagaimana pada zaman Umar bin al-Khaththab.
Mereka khuatir peperangan atas nama agama akan kembali hidup, memberikan kemenangan kepada Islam dan kekalahan kepada kuasa-kuasa Eropah. Atas dasar inilah Inggeris dan Perancis meminta khilafah Turki Uthmaniyah untuk memerangi gerakan yang disebut-sebut sebagai “Wahabi” itu dan pihak khilafah telah mewakilkan urusan ini kepada gabenor Mesir, Muhammad Ali Pasha.” [The General History of The Arabs; dinukil dari Biography And Mission of Muhammad Ibn Abdul Wahhab, ms. 78]
Salah Faham Kedua: Wahabi dan Khilafah Islam
Masyhur dikatakan, gerakan Wahabi bertanggungjawab menjatuhkan khilafah Islam Turki Uthmaniyyah. Salah faham ini dapat dijawab dari dua sudut. Pertama, Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab tidak pernah menentang khilafah Turki Uthmaniyyah. Sikap beliau dalam persoalan ini adalah sebagaimana yang ditulisnya sendiri:
“Aku meyakini kewajipan mendengar serta mentaati para pemimpin kaum muslimin. Ia sama ada di kalangan pemimpin yang shalih mahu pun yang buruk akhlaknya. Ini selagi mana mereka tidak memerintahkan perkara kemaksiatan terhadap Allah. Ketaatan ini ditujukan terhadap sesiapa sahaja yang dilantik sebagai khalifah yang dipersetujui lantikannya oleh orang ramai yang meredhai kepimpinannya. Ini walaupun dia memperolehi kekuasaan khalifah melalui jalan paksaan, tetap menjadi suatu kewajipan mentaatinya dan dilarang melakukan penentangan terhadapnya. [Majmu’ah Muallafat al-Syaikh, Jil. 5, hlm. 11; dalam Membersihkan Salah Faham Terhadap Dakwah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab oleh Abdul Aziz bin Muhammad al-Abd. Al-Lathif (Jahabersa, Johor Bahru, 2008), buku 3, ms. 159]
Kedua, sama ada wujud atau tidak gerakan Wahabi, khilafah Turki Uthmaniyyah pada zaman itu memang memiliki pelbagai kelemahan dan masalah, dalaman dan luaran. Sesiapa yang mengkaji sumber-sumber sejarah yang adil lagi jujur berkenaan kedudukan khilafah saat itu akan mengetahui ia dalam keadaan sedang jatuh dan akan jatuh.
Cuba fikirkan, dengan kejatuhan khilafah, siapakah yang akan mengambil alih menjaga dua bandar suci umat Islam: Mekah dan Madinah? Lebih-lebih lagi Semenanjung Arab ketika itu lebih bersifat “No man’s land” di mana ia hanya dikuasai oleh kabilah-kabilah kecil secara berselerakan. Shalih Abud mengulas:
“Tiada bukti menunjukkan bahawa negeri Najd pernah tertakluk di bawah penguasaan atau autoriti khilafah Uthmaniyyah. Selain itu tidak pernah wujud mahu pun sebuah batalion atau markaz ketenteraan khilafah Uthmaniyyah di sana. Ini sebelum lahirnya pergerakan dakwah al-Syeikh al-Imam (Muhammad bin Abdul Wahhab).
Sebaliknya menerusi fakta kukuh berdasarkan kepada dokumen khilafah Turki Uthmaniyyah yang direkodkan oleh Yamen Ali Effendi (1018H/1609M) bertajuk “Qawaniyyin Aali Uthman Mudomin Daftar al-Diwan” ternyata khilafah Uthmaniyyah terbahagi kepada 32 buah negeri atau wilayah. 14 daripadanya merupakan negeri-negeri tanah Arab. Namun negeri Najd tidak termasuk di dalamnya.” [‘Aqidah al-Syeikh Muhammad bin ‘Abd. al-Wahhab wa Atharuha fi al-‘Alam al-Islami, Jil. 1, hlm. 27; dalam Membersihkan Salah Faham…, buku 3, ms. 162]
Abdullah al-Utsaimin menambah: “Negeri Najd tidak pernah berada di bawah penguasaan kerajaan Uthmaniyyah sebelum lahirnya pergerakan dakwah al-Syeikh al-Imam (Muhammad bin Abdul Wahhab). Selain itu, ia juga tidak pernah disatukan di bawah satu pemerintahan yang kuat dalam jangka masa yang lama. Ini sama ada ketika sebahagian dari wilayahnya berada di bawah penguasaan Bani Jabr atau pun Bani Khalid. Ia disebabkan suasana peperangan yang silih berganti antara wilayah mahu pun kabilah negeri Najd yang terdiri dari pelbagai jenis puak sehingga agak sukar untuk disatukan keseluruhannya.” [Muhammad bin ‘Abd. al-Wahhab Hayatuhu wa Fikruhu, hlm. 11; dalam Membersihkan Salah Faham…, buku 3, ms. 162]
Sekali lagi saya bertanya kepada para pembaca yang budiman sekalian, dengan kejatuhan khilafah, siapakah yang akan mengambil alih menjaga dua bandar suci umat Islam: Mekah dan Madinah? Diingatkan bahawa sekalipun kuasa-kuasa Barat wujud di kawasan itu atas tujuan komersil, tidak dapat dinafikan bahawa mereka juga tentu memiliki hasrat untuk mengambil alih kota Mekah dan Madinah.
Nah! Dengan kewujudan gerakan Wahabi yang dapat menyatukan umat Islam Semenanjung Arab, kedua-dua bandar suci itu tetap berada di tangan umat Islam. Jika tidak, nescaya Masjid al-Haram di Mekah dan Masjid an-Nabawi di Madinah akan menerima nasib yang sama seperti Masjid al-Aqsa di Palestin. Fikir-fikirkanlah!
Salah Faham Ketiga: Wahabi dan Peperangan.
Beberapa orang pernah menyatakan kepada saya bahawa syaikh mereka memiliki bukti yang lengkap dengan sanad bahawa gerakan Wahabi melakukan peperangan dan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Arab semata-mata untuk mengembangkan ajaran mereka.
Tuduhan ini tidak perlu diberi perhatian kerana sanad tersebut, jika ia benar wujud, tidak memiliki apa-apa nilai. Ini kerana orang-orang yang duduk dalam rantaian sanad tersebut, biografi mereka tidak tercatit dalam mana-mana kitab al-Jarh wa al-Ta’dil. Sekadar mengetahui nama dan status mereka sebagai “orang agamawan” adalah tidak memadai. Dalam ilmu hadis, mereka termasuk dalam kategori para perawi yang majhul, maka dengan itu sanad tersebut adalah dha’if. Sanad sebegini tidak boleh dijadikan hujah dalam membuat tuduhan atau menjadi bukti dalam kes jenayah.
Adapun peperangan yang berlaku di Semenanjung Arab, kedua-dua sumber sejarah ada mencatitkannya. Sumber yang berpihak kepada dakwah Muhammad bin Abdul Wahhab berkata ia dimulakan oleh golongan yang tidak setuju dengan gerakan beliau. Sumber yang berpihak kepada golongan yang tidak setuju dengan dakwah Muhammad bin Abdul Wahhab berkata ia dimulakan oleh gerakan beliau. Siapakah yang benar dan sebesar manakah skala peperangan itu – tiada siapa yang mengetahuinya. Apa yang pasti, tidak wujud kesan-kesan peninggalan sejarah yang dapat dijadikan bukti adanya peperangan yang diceritakan dalam kitab-kitab sejarah itu. Berbeza dengan peperangan yang belaku di belahan dunia yang lain, ia dapat dibuktikan melalui kesan-kesan peninggalan sejarah.
Salah Faham Keempat: Wahabi dan Tuhan.
Fahaman Wahabi sering dikaitkan dengan kepercayaan kononnya Tuhan memiliki jasmani dan anggota. Ini berlaku kerana fahaman Wahabi yang enggan mentakwilkan sifat-sifat Allah seperti muka, tangan dan kaki yang tertera dalam al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Ini jelas adalah satu salah faham kerana fahaman Wahabi beriman kepada sifat-sifat Allah serta memahami maksudnya manakala bentuk atau tatacara sifat itu diserahkan kepada Allah, tanpa sebarang penyerupaan dengan mana-mana sifat makhluk-Nya.
Ini adalah juga fahaman Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah sebagaimana yang diterangkan oleh al-Tirmizi (279H): “Dan sungguh telah berkata tidak seorang daripada ahli ilmu tentang hadis ini dan apa yang seumpamanya daripada riwayat-riwayat tentang al-Sifat dan (tentang) Penurunan Rabb (Allah) Tabaraka wa Ta’ala pada setiap malam ke langit dunia. Mereka berkata riwayat-riwayat seperti ini adalah benar (thabit) dan berimanlah kepada ia dan jangan dibayangkan (seperti apa) dan jangan ditanya bentuk, ciri-ciri dan tatacaranya (kaifiat). Inilah yang telah diriwayatkan daripada Malik (bin Anas) dan Sufyan bin ‘Uyaynah dan ‘Abdullah bin Mubarak, sesungguhnya mereka telah berkata tentang hadis-hadis seperti ini (yang berkaitan nas-nas al-Sifat): Terimalah ia (berimanlah kepadanya) tanpa mempersoalkan bentuk, ciri-ciri dan tatacara (kaifiat). Dan demikianlah juga pendapat ahli ilmu Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah.
Manakala golongan al-Jahmiyyah, mereka mengingkari riwayat-riwayat seperti ini (nas-nas al-Sifat) sambil berkata ini adalah tasybih (penyerupaan dengan makhluk). Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla telah menyebut hal ini tidak sekali dalam kitab-Nya (al-Qur’an) seperti Tangan dan Pendengaran dan Penglihatan akan tetapi golongan al-Jahmiyyah telah mentakwilkan ayat-ayat ini dan menafsirkannya kepada sesuatu yang berlainan daripada tafsiran ahli ilmu. Mereka (al-Jahmiyyah) berkata sesungguhnya Allah tidak mencipta (Nabi) Adam (‘alaihi salam) dengan Tangan-Nya. Mereka berkata maksud Tangan-Nya di sini adalah kekuatan-Nya.
Padahal berkata Ishaq bin Ibrahim: “Sesungguhnya yang dianggap tasybih (penyerupaan dengan makhluk) hanyalah apabila seseorang berkata Tangan sepertimana tangan (makhluk) atau seumpama tangan (makhluk), Pendengaran sepertimana pendengaran (makhluk) atau seumpama pendengaran (makhluk). Justeru apabila seseorang berkata Pendengaran sepertimana pendengaran (makhluk) atau seumpama pendengaran (makhluk) maka barulah ia dianggap sebagai penyerupaan.
Namun apabila seseorang berkata sebagaimana firman Allah Ta’ala di dalam kitab-Nya (al-Qur’an): Tangan dan Pendengaran dan Penglihatan tanpa dipersoalkan bentuk, ciri-ciri dan tatacaranya (kaifiat) dan tidak dikatakan seumpama pendengaran (makhluk) dan tidak juga dikatakan sepertimana pendengaran (makhluk) maka ini tidak dianggap sebagai penyerupaan. Malah ia adalah sepertimana firman Allah Ta’ala di dalam kitab-Nya (al-Qur’an): Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. [al-Syura 42:11]” [Sunan al-Tirmizi (tahqiq: Ahmad Syakir dan rakan-rakan; Dar al-Hadith, Kaherah 1999), jld. 3, ms. 33.]
Salah Faham Keempat: Wahabi dan Mazhab.
Fahaman Wahabi kononnya dianggap tidak mengikuti mana-mana mazhab fiqh yang empat. Sekali lagi ini adalah satu salah faham. Orang yang dituduh sebagai Wahabi, mereka masih mengikuti mazhab di tempat masing-masing. Hanya dalam beberapa persoalan terpencil, apabila didapati hujah mazhab lain adalah lebih kuat kerana lebih mendekati dalil al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, maka pendapat mazhab tersebut diikuti dalam persoalan tersebut.
Oleh itu orang yang dituduh sebagai Wahabi di Malaysia masih mengikuti Mazhab al-Syafi’e, orang yang dituduh sebagai Wahabi di India-Pakistan masih mengikuti Mazhab Hanafi, orang yang dituduh sebagai Wahabi di Timur Tengah masih mengikuti Mazhab Hanbali dan orang yang dituduh sebagai Wahabi di Afrika Utara masih mengikuti Mazhab Maliki. Hanya dalam beberapa persoalan terpencil mereka mengikut mazhab yang lain kerana faktor kekuatan dalil dan hujah.
Ini sebenarnya adalah sikap yang benar sebagaimana yang diterangkan oleh Ibn Rajab al-Hanbali (795H): “Berdasarkan keterangan-keterangan para imam mazhab, adalah menjadi kewajipan apabila seseorang itu menemui suatu perintah daripada Rasulullah s.a.w. atau mengetahuinya, untuk menerangkannya kepada sekian umat, menasihatkan mereka dengan penuh keikhlasan dan memerintahkan mereka untuk mengikutinya walau pun jika ia bertentangan dengan pendapat para imam mazhab atau seseorang lain yang terkemuka.
Ini adalah kerana kedudukan Rasulullah s.a.w. adalah yang paling hak untuk dihormati dan ditaati, melebihi dan mengatasi mana-mana pendapat orang atau tokoh lain yang mungkin atas sebab-sebab yang tidak disengajai telah bertentangan dengan perintah Rasulullah. Oleh kerana inilah kita dapati para sahabat dan generasi selepas mereka membantah sesiapa sahaja yang didapati melakukan sesuatu yang bertentangan dengan sunnah yang sahih. Adakalanya bantahan ini mereka lakukan dengan amat keras, bukan disebabkan perasaan benci kerana para sahabat itu sememangnya amat menyayangi dan menghormati mereka, akan tetapi Rasulullah itu lebih mereka sayangi dan perintahnya lebih tinggi kedudukannya berbanding perintah mana-mana makhluk lain.
Justeru itu apabila terdapat perselisihan antara ajaran Nabi dan ajaran manusia, ajaran Nabi-lah yang lebih berhak ditunaikan dan ditaati. Ini tidaklah bermaksud sebagai menghina kedudukan imam ikutan seseorang itu kerana secara pasti dia akan diampuni atas ketidak-sengajaannya dan silapnya, bahkan si imam tersebut akan lebih rela jika ajarannya itu diketepikan apabila didapati bertentangan dengan ajaran Nabi s.a.w. yang sahih.” [Dikemukakan oleh Salih al-Fulani dalam Iqaz al-Himan, ms. 93; dinukil dari Sifat Solat al-Nabi oleh al-Albani (Maktabah al-Ma‘arif, Riyadh, 1996), ms. 54-55]
Salah Faham Kelima: Wahabi dan Kekerasan.
Wahabi sering dihubungkan dengan kekerasan. Benarkah demikian? Realitinya, pihak yang menuduh itulah yang sebenarnya bersikap keras. Di sana sini mereka menuduh sekian-sekian individu dan kumpulan sebagai Wahabi yang menyesatkan. Adakalanya tuduhan ini diterjemahkan dalam bentuk fizikal, seperti mengharamkan penerbitan, menghalang kuliah-kuliah agama dan menangkap para tokoh yang mereka tuduh sebagai Wahabi. Tindakan-tindakan tersebut berlaku tanpa tersembunyi sehingga diketahui dalam media-media perdana.
Adapun di kalangan orang yang dituduh sebagai Wahabi, mungkin ada yang bersikap keras. Namun perlu juga ditinjau dari sudut yang lain, kerana istilah “keras” itu sendiri boleh bersifat relatif. Keberanian, ketegasan, kesungguhan adalah sifat yang terpuji yang boleh ditafsirkan sebagai “kekerasan” oleh pihak yang sukar menerima kenyataan. Demikian juga, menyatakan yang haq di atas yang batil boleh juga ditafsirkan sebagai kekerasan oleh pihak yang sekian lama telah selesa dengan kebatilan tersebut.
Oleh itu kekerasan boleh disandarkan kepada salah satu dari dua pihak, yang dituduh atau yang menuduh.
Saturday, November 22, 2008
Wahabi!
By: Hafiz Firdaus
Bulan November 2008 ini genaplah dua tahun laporan muka utama sebuah akhbar perdana tempatan yang berjudul “Fahaman Wahabi Menular”. Kebanyakan kenyataan dalam laporan tersebut adalah tidak tepat sebagaimana yang telah dijelaskan oleh sahabat saya, Mohd. Yaakub bin Mohd. Yunus dalam bukunya Fahaman Wahabi Menular: Satu Analisis Terhadap Dakwaan Yang Ditimbulkan Oleh Akhbar Utusan Malaysia terbitan Jahabersa, Johor Bahru, 2006. Namun ada dua kenyataan yang boleh dikatakan tepat:
* Pertama: Laporan tersebut menyatakan bahawa fahaman Wahabi sedang menular. Ini tepat, bahkan yang lebih jitu adalah fahaman Wahabi memang sungguh-sungguh sedang menular. Ia seumpama arus tsunami yang menenggelamkan pelbagai fahaman, pengaruh, jamaah dan aliran lain yang ada di Malaysia.
* Kedua: Laporan tersebut menyatakan bahawa fahaman Wahabi mendapat tempat di kalangan cerdik pandai umat Islam. Ini tepat, tetapi realiti masa kini membuktikan bahawa fahaman Wahabi juga sudah mendapat tempat di kalangan mereka yang berada dalam pelbagai lapisan dan latarbelakang.
Apa Dan Kenapa Wahabi?
Saya biasa ditanya, apakah fahaman Wahabi? Jawapan saya mudah sahaja: “Ia adalah pemikiran dan amalan Islam berdasarkan dalil dan hujah yang berbeza dengan kebiasaan masyarakat”. Soalan seterusnya, kenapa fahaman Wahabi mendapat tempat secara meluas di kalangan umat Islam? Terdapat beberapa jawapan bagi persoalan ini:
Pertama: Fahaman ini memandang Islam sebagai suatu agama yang berdasarkan ilmu. Oleh itu ia tidak membicarakan Islam melainkan dengan metodologi ilmiah yang tinggi lagi berdisiplin. Fahaman ini menolak bicara Islam yang berdasarkan mitos, khayalan, cerita-cerita dongeng dan apa-apa yang seumpama. Dalam suasana umat Islam yang semakin meningkat taraf keilmuannya, mereka mula beralih kepada Islam yang berdasarkan ilmu, yakni dalil dan hujah.
Kedua: Fahaman ini meningkatkan lagi penghayatan umat Islam terhadap agama Islam. Jika sebelum ini umat hanya mengenal Islam berdasarkan hafalan “fardhu ain”, kini umat mula mengenal Islam berdasarkan dalil dan hujah. Umat Islam mula mengenal kenapa mereka beribadah dengan tatacara sekian-sekian, hikmah di sebalik sesuatu ibadah, tujuan di sebalik sesuatu hukum dan objektif yang ingin dicapai oleh syari’at kepada manusia.
Ketiga: Fahaman ini memberi penekanan kepada usaha tajdid, iaitu usaha membersihkan agama Islam dari pelbagai pencemaran sehingga ia kembali tulen. Ketulenan ini adalah sesuatu yang benar-benar asing kepada masyarakat sehingga mereka menganggap ia adalah sesuatu yang baru, sekali pun ia sebenarnya sudah wujud sejak lebih 1400 tahun yang lalu. Usaha tajdid memberi nafas baru kepada umat Islam. Mereka mula melihat keindahan, kemudahan dan kesyumulan Islam sebagaimana yang dilihat oleh generasi pertama yang menerimanya secara tulen daripada Rasulullah s.a.w..
Keempat: Fahaman ini menyentuh isu-isu terkini lagi relevan dengan suasana umat Islam. Sebagai contoh, apabila fahaman yang lain masih memberi perhatian kepada hukum berwudhu’ dengan air perigi, fahaman ini memberi perhatian kepada hukum berwudhu’ dalam kapalterbang. Apabila fahaman lain memberi perhatian kepada cara berzikir di atas pokok, fahaman ini memberi perhatian kepada cara beribadah di atas kenderaan moden seperti LRT, Monorail, Komuter dan sebagainya. Oleh itu tidak asing juga apabila didapati antara yang kehadapan dalam menangani isu-isu liberalisme, pluralisme, feminisme dan athiesisme adalah tokoh-tokoh yang disandarkan kepada fahaman ini.
Kelima: Fahaman ini tidak membataskan ahli-ahlinya kepada jamaah tertentu. Tidak ada sistem mendaftar keahlian, berbai’ah kepada amir, perlantikan ahli jawatan kuasa tahunan dan lain-lain yang biasa ditemui dalam jamaah-jamaah Islam. Seseorang itu boleh sahaja mengikuti fahaman ini dan pada waktu yang sama terus bergiat aktif dengan jamaah yang dianggotainya. Hanya saja fahaman ini mengingatkan umat Islam agar membetulkan tujuan mereka bergiat aktif di dalam sesuatu jamaah. Hendaklah tujuan tersebut demi kebaikan Islam dan umatnya, bukan demi memelihara maruah jamaah dan menjaga kedudukannya sebagai yang terbaik berbanding jamaah-jamaah yang lain.
Di Mana Salahnya Fahaman Wahabi?
Secara umum, tidak ada yang salah dengan fahaman Wahabi kecuali namanya. Memang, ada segelintir orang yang mengikuti fahaman ini dengan semangat yang mendahului ilmu dan kematangan sehingga mereka berlebih-lebihan dalam mengkritik dan mencela. Namun tindakan segelintir tidak boleh dijadikan hujah untuk menghitamkan keseluruhan fahaman ini dan majoriti yang mengikutinya berdasarkan ilmu dan kematangan.
Fahaman Wahabi bukanlah sesuatu yang asing dalam Islam atau terkeluar dari Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah. Malah ia lebih mendekati Islam yang sebenar dan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah yang tulen. Terkecuali adalah nama “Wahabi” yang disandarkan kepada fahaman ini, ia adalah nama yang sengaja digunakan oleh sebahagian agamawan sebagai senjata untuk menakutkan orang ramai dan menjauhkan mereka daripada fahaman yang murni ini. Kenapakah perlu ditakut dan dijauhkan orang ramai daripada fahaman ini? Paling kurang ada dua sebab utama:
Sebab Pertama: Apabila fahaman ini membicarakan Islam berdasarkan metodologi ilmiah, akan terbongkar kesilapan, kedongengan dan kepalsuan apa yang selama ini disampaikan oleh para agamawan tersebut. Dalam menghadapi suasana ini, para agamawan terbahagi kepada dua kategori:
* Pertama adalah mereka yang bekerjaya dalam jurusan agama berdasarkan sikap jujur lagi amanah. Mereka membetulkan apa yang pernah disampaikan sebelum ini seandainya ia sememangnya tidak tepat.
* Kedua adalah mereka yang bekerjaya dalam jurusan agama kerana maruah dan status. Mereka sukar untuk mengakui bahawa apa yang mereka sampaikan sebelum ini adalah tidak tepat. Maka mereka mencari helah untuk menakutkan orang ramai dan menjauhkan mereka dari kebenaran tersebut. Helah tersebut adalah: “Berhati-hatilah dengan fahaman Wahabi kerana ia terkeluar dari Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah……”
Sebab Kedua: Fahaman ini benar-benar mendapat sambutan daripada umat Islam sehingga kuliah-kuliah pimpinan tokohnya dibanjiri oleh hadirin dari pelbagai latarbelakang. Suasana ini bertolak belakang dengan kuliah-kuliah lain yang semakin lengang sehingga akhirnya dibatalkan oleh pihak penganjur. Dalam menghadapi suasana ini, sekali lagi para agamawan terbahagi kepada dua kategori:
* Pertama adalah mereka yang memiliki sikap yang positif dimana dengan sikap tersebut mereka berusaha untuk mempertingkatkan mutu kuliah yang disampaikan, selari dengan kehendak para hadirin.
* Kedua adalah mereka yang memiliki sikap yang negatif dimana mereka enggan mempertingkatkan mutu kuliah yang disampaikan. Pada waktu yang sama mereka tidak boleh berdiam diri kerana semua ini melibatkan sumber pendapatan mereka. Dengan berkurangnya jemputan, berkuranglah juga pendapatan. Maka mereka perlu mencari helah untuk menjanakan kembali sumber pendapatan dengan berkata: “Berhati-hatilah dengan kuliah orang-orang Wahabi, mereka itu ditaja oleh pihak Barat……”
Siapa Yang Sebenarnya Salah?
Diharapkan melalui penjelasan yang ringkas di atas, para pembaca sekalian dapat mengetahui kisah sebenar di sebalik gelaran atau tuduhan “Wahabi”. Tidak percaya? Cubalah mengkaji salah satu dari kitab Mazhab asy-Syafi’e yang muktabar dan pilih satu hukum atau amalan yang berbeza dari kebiasaan masyarakat. Nescaya anda akan dituduh “Wahabi” sekalipun rujukan anda ialah kitab muktabar Mazhab asy-Syafi’e.
Di sini ingin saya tambah, bahawa yang tidak benar bukan sekadar tuduhan “Wahabi”, tetapi sikap orang yang menuduh itu sendiri adalah tidak benar. Ini kerana Islam melarang umatnya daripada tuduh-menuduh, cemoh-mencemuh dan memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang tidak baik. Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu kumpulan (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan kumpulan lelaki yang lain, (kerana) boleh jadi kumpulan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu kumpulan dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan kumpulan perempuan yang lain, (kerana) boleh jadi kumpulan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;
Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” [al-Hujurat 49:11]
Akhir kata, apabila anda mendengar seseorang berkata: “Si fulan Wahabi”, “Kumpulan itu Wahabi”, “Ini majalah Wahabi” atau apa-apa tuduhan seumpama, maka ketahuilah bahawa kesalahan tidak terletak pada yang dituduh tetapi pada yang menuduh.

Thursday, September 25, 2008
Doa yg dimakbul..
Antara perkara yg paling penting didalam hidup ini ialah apabila seorang hamba dimakbul oleh tuhannya.Allah azza wajalla maha penerima doa.Dia suka apabila hambanya berdoa.Tanda dia itu seorang hamba apabila dia memerlukan pertolongan ataupun bantuan daripada Tuhannya...Ada beberapa sebab yg menyebabkan doa itu termakbul.Antara sebab utamanya apabila seorang anak itu berbuat baik kpd ibubapanya.Direkodkan didalam shahih muslim apabila Rasulullah s.a.w memberitahu Umar r.a bahawa ada seorang yaman bernama uwais yg akan datang ke sini.Dia dulunya ada penyakit sopak.Tetapi doanya termakbul,sopaknya hanya tggal sebesar dirham.Selepas wafat Rasulullah s.a.w, pada waktu itu Umar r.a menjadi Amirul mukminin.Pada setiap kali saudagar dari Yaman dtg,umar akan bertanya "afikum uwais?"..Dan akhirnya Umar r.a berjumpa dengan Uwais.Uwais bukanlah seorang pedagang,dia hanya org biasa,seorang penjaga kuda.Jika kita hendak menjadi seorang yg mulia tidak perlu untuk menjadi sarjana yg hebat.Jagalah akhlak agar selari dgn Quran dan Sunnah.Dan doa yg diminta Umar r.a adalah semoga Allah mengampuni dosanya.Subhanallah.Seorang amirul mukminin yg dijanjikan syurga meminta keampunan drpd Allah azza wajalla.Jika kita yg bertemu uwais,apakah yg mahu dia doakan kita?Apakah yg lebih besar drpd keampunan Allah?Uwais ialah seorang yg sgt baik kepada ibunya.Mungkin sebhgn org mahu doakan supaya projek besar akan diperolehnya.Tapi sedarlah oleh kita bahawalah keampunan Allah s.w.t itulah segala-galanya...Semoga kita mendapat keberkatan di bulan Ramadhan ini..InsyaAllah..
Doa malam Lailatul Qadar: Allahumma innaka ‘afuwwun karim, tuhibbul ‘afwa, fa’fu’anni (Yaa Allah sesungguhnya engkau Maha pemberi ampunan yang mulia, suka memberi pengampunan, maka ampunilah diriku ini.(HR. Tirmidzi nombor 3580, Ibnu Majah nombor 3850 dan dishahihkan oleh Al Albani rahimahullah dalam Shahih Ibnu Majah nombor 3105)

Tuesday, September 23, 2008
JANGAN MUDAH MENUDUH ORANG WAHABI
Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin
Ketika saya dihubungi agar mengulas tentang satu gerakan yang suka
menuduh orang lain wahhabi, saya pada mulanya malas nak campur. Di kala
negara sedang gelut dengan krisis yang berbagai, ada juga puak yang sibuk
wahabi-mewahabi orang lain. Apatah lagi, saya pun dah lama tidak berfikir
tentang isu tersebut kerana sibuk dengan isu-isu yang lebih bersifat nasional
dan sejagat.
Sebenarnnya, di negara kita kini sedang muncul satu golongan yang
menyembunyikan identitinya. Mereka ini jika di negara Arab digelar Ahbash.
Puak ini berpusat di Lubnan dan mempengaruhi sesetengah pelajar kita di
sana juga yang di tempat lain. Perkataan ahbash merujuk kepada pengasas
dan pengikut mereka yang berketurunan Habsyi Afrika. Guru mereka ialah
Abdullah al-Harari. Seorang yang terkenal suka mengkafirkan orang lain yang
tidak sependapat dengannya. Dia sentiasa mendakwa bahawa hanya dirinya
Ahlussunnah wal Jamaah dan bermazhab Syafi’i. Sesiapa yang tidak
bersependapat dengannya itu sesat, atau kafir atau wahhabi. Hasilnya
berlakulah pembunuhan dan rusuhan. Mereka telah mengkafirkan ulamaulama
terdahulu seperti al-Imam Ibn Taimiyyah, al-Imam Ibn Qayyim, al-Imam
al-Zahabi, al-Imam Ibn Kathir, Muhammad bin Abdul Wahhab dan lain-lain.
Ulama semasa yang dikafirkan oleh mereka termasuk Dr. Yusuf al-Qaradawi,
Dr. Said Ramadhan al-Buthi, Sayyid Sabiq, Sayyid Qutb, al-Albani, Mufti
Lubnan Hasan Khalid lain-lain. Sesiapa yang berminat mereka boleh layari
bankahbash.blogspot.com. untuk mengetahui sikap ektremis golongan ini.
Di Malaysia, mereka mula menyerap dalam sesetengah pihak berkuasa
agama di negeri-negeri tertentu. Mereka menganjurkan program-program
atas nama Ahlussunnah wal Jamaah. Isi kandungannya adalah menuduh
sesiapa yang tidak sebulu dengan mereka sebagai wahhabi. Slogan mereka
sama, sesiapa yang memberikan pendapat yang tidak sama dengan mereka
maka dia sesat atau wahhabi. Cara kebetulan pula pandangan sesetengah
golongan pembaharuan memang ada perbezaan dengan pandangan
agamawan tempatan. Namun, itu bukan kesalahan dan baru. Dahulu pun
dalam negara ini ada gerakan kaum muda seperti Za’ba, Syed Syeikh al-Hadi,
Burhanudin al-Helmi, Abu Bakar al-Baqir dan selain mereka yang memang
diiktiraf sumbangan mereka dalam pembaharuan dan kemerdekaan.
Walaupun ada tentangan terhadap kaum muda dari kelompok konservertif
tradisionalis melayu, namun buku-buku sejarah yang jujur terus mengiktiraf
sumbangan kaum muda kepada pendidikan, perjuangan hak wanita,
kemajuan pemikiran, pembebasan dari kejumudan dan seumpamanya.
Namun hari ini puak Ahbash yang muncul dan menyelinap masuk
dalam masyarakat kita cuba membangkit perkara-perkara perbezaan ini
sehingga ke peringkat kafir mengkafir. Kata mereka golongan pembaharuan
menimbulkan pecah belah dalam masyarakat. Padahal jika mereka jujur,
perpecahan yang sebenar dalam masyarakat melayu sekarang adalah dalam
isu-isu politik, bukan isu kenduri arwah, tol orang mati dan joget tarekat yang
dipertahankan oleh mereka. Untuk menarik minat masyarakat, mereka
menuduh sesiapa sahaja yang memberikan pandangan berbeza itu sebagai
wahhabi dan ektremis. Padahal, golongan Ahbash ini menyimpan racun
mereka dan menunggu hari untuk dikeluarkan. Tidak hairan jika beberapa
pembunuhan di Lubnan dikaitkan dengan mereka dan ramai tokoh yang
menganggap mereka mempunyai hubungan dengan CIA. Sebab itu kita
melihat pendekatan Ahbash ini ada ala-ala Amerika. Jika Amerika yang
mengganas di negara orang, menuduh orang lain pengganas, demikian puak
Ahbash ini yang suka mengkafirkan orang lain, tetapi menuduh orang lain
pula mengkafirkan dan menumpahkan darah. Maka tidaklah pelik jika guru
Ahbash itu digelar al-fattan atau pencetus fitnah.
Di samping, kita juga tidak menafikan, wujudkan segelintir kelompok
yang menyandarkan diri kepada salafi kadang-kala ada ciri-ciri agak keras
dalam berinteraksi dengan amalan tradisi tempatan atau menimbul beberapa
pendapat yang tidak wajar dibesar-besarkan. Saya sendiri kurang bersetuju
untuk terlalu bertegas dalam perkara-perkara yang diizinkan syarak untuk
kita berbeza pendapat. Namun, kesilapan mereka itu hanya pada pendekatan
dan pemilihan keutamaan. Tidak sepatutnya untuk mereka dihukum sesat
atau dikafirkan oleh kelompok Ahbash ini.
Namun, jarum Ahbash ini nampaknya ada juga yang terpengaruh lalu
menuduh sesiapa sahaja yang berbeza pendapat dengan pandangan mereka
sebagai wahhabi. Padahal, jika kita bertanya kepada kebanyakan yang suka
melebelkan orang lain sebagai ‘wahabi’; apa itu wahabi?. Mereka pun tak
pasti dan berbagai jawapan diberikan. Ada yang katakan wahabi ialah
sesiapa yang tidak qunut subuh. Jika kita beritahu dia, mazhab-mazhab yang
lain juga tidak qunut subuh. Apakah al-Imam Ahmad bin Hanbal dan Abu
Hanifah juga wahabi? Ada yang kata: wahabi tidak tahlil. Kita beritahu dia
tahlil maksudnya La ilah illa Allah, tahmid bermaksud Alhamd li Allah, tasbih
bermaksud subhana Allah. Setahu kita mereka ini menyebutnya. Mana
mungkin, jika tidak, mereka kafir. Bahkan imam-imam di Arab Saudi yang
dituduh wahhabi itu menghafaz al-Quran dengan begitu hebat dan bacaanbacaan
mereka diperdengarkan di sana sini. Adakah mereka kafir?!!. Ada
yang kata wahabi adalah mereka yang belajar di Arab Saudi. Ramai yang
tidak belajar di Arab Saudi pun ada juga yang menuduh wahabi. Kemudian,
kalau wahabi itu sesat, apakah sekarang Masjid al-Haram dan Masjid al-Nabi
sedang didiami dan diimami oleh golongan yang sesat?!!. Ada yang kata
wahabi ialah golongan tidak bermazhab. Kita beritahu dia Arab Saudi yang
sebagai dituduh wahabi bermazhab Hanbali.
Mungkin yang lebih pandai menyebut; wahabi adalah pengikut
Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab. Dari situ digelar pengikutnya ‘Wahhabi’.
Saya katakan saya sendiri dalam pengalaman yang singkat ini ada yang
menuduh wahabi, sekalipun saya tidak begitu membaca buku-buku
Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab. Saya hanya menganggapnya salah seorang
tokoh-tokoh umat yang ada jasa dan sumbangannya. Dalam masa yang sama
ada kekurangan dan kelemahannya. Dia bukan tokoh mazhab fekah yang
ulung. Dia sendiri bermazhab Hanbali. Bukan juga jaguh dalam hadis,
sehingga al-Albani pernah mengkritiknya dengan agak tegas. Namun,
sebagai tokoh, ada sumbangannya yang tersendiri. Dari segi ilmiah, secara
peribadi saya tidak dapat banyak manfaat daripadanya. Namun
sumbangannya tidak dilupakan. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya Fiqh al-
Aulawiyyat memuji Muhammad bin ‘Abdul Wahhab, dengan berkata: “Bagi alImam
Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab di Jazirah Arab perkara akidah adalah
menjadi keutamaannya untuk memelihara benteng tauhid dari syirik yang
telah mencemari pancaran tauhid dan dikotori kesuciannya. Beliau telah
menulis buku-buku dan risalah-risalah dalam perkara tersebut. Beliau bangkit
menanggung bebanan secara dakwah dan praktikal dalam memusnahkan
gambaran-gambaran syirik. (m.s. 263, ctk. Maktabah Wahbah, Mesir). Juga
tokoh ahli fekah terkenal, Dr. Wahhab al-Zuhaili juga memujinya dengan
menyebut: “Sesuatu yang tiada syak padanya, menyedari hakikat yang
sebenar, bukan untuk meredhakan sesiapa, berpegang kepada ayat al-Quran
yang agung (maksudnya) “Jangan kamu kurangkan manusia apa yang
menjadi hak-haknya (Surah Hud: 85), bahawa suara kebenaran yang paling
berani, pendakwah terbesar untuk islah (pembaikian), membina umat, jihad
dan mengembalikan individu muslim kepada berpegang dengan jalan al-salaf
al-salih yang terbesar ialah dakwah Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab pada
kurun yang kedua belas hijrah. Tujuannya untuk mentajdidkan kehidupan
muslim, setelah secara umum dicemari dengan berbagai khilaf, kekeliruan,
bid'ah dan penyelewengan. Maka Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab ialah
pemimpin kebangkitan agama dan pembaikian (islah) yang dinantikan, yang
menzahir timbangan akidah yang bersih..” (Rujukan: Dr Wahbah al-Zuhaili,
Risalah Mujaddid al-Din fi Qarn al-Thani ‘Asyar, m.s 57-58). Bahkan banyak
lagi puji-pujian beliau dalam risalah tersebut. Ramai lagi tokoh-tokoh lain
yang memuji Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab, apakah tokoh-tokoh agama
yang begitu ramai itu patut dituduh wahabi?!!!.
Kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i tulisan tokohtokoh
semasa mazhab al-Imam al-Syafi'i , iaitu al-Syeikh Mustafa Khin, al-
Syeikh Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji. Namun apabila saya baca
antara apa yang disebut dalam kitab tersebut: “Daripada bid'ah apa yang
dibuat oleh keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai
kepada makanan dengan munasabah yang dinamakan berlalunya empat
puluh hari dan seumpamanya. Sekiranya perbelanjaan makanan tersebut dari
harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh,
maka itu adalah dari perkara lebih haram. Ini kerana ia memakan harta
benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim
tersebut. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang
memanggil dan memakannya” (1/263, Damsyik: Dar al-Qalam). Apakah
semua penulis itu wahabi?!!.Jika kita tengok kitab-kitab melayu jawi kita
dapati perkara yang sama. Kata Syeikh Daud al-Fatani (semoga Allah
merahmatinya) dalam Bughyah al-Talab: “(dan makruh) lagi bid'ah bagi
orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas
memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian
daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi)
makruh lagi bid'ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan
seruannya” (2/34). Demikian juga kenyataan dibuat oleh al-Syeikh
Muhammad Arsyad al-Banjari dalam Sabil al-Muhtadin. Begitu juga al-
Marbawi dalam Bahr al-Mazi menyebut: “Maka bid'ah yang tidak elok”
(7/130). Apakah mereka semua juga wahabi?!!.
Apabila ada yang memberitahu amalan Nisfu Syaaban seperti yang
dibuat oleh masyarakat kita bukan dari tunjuk ajar Nabi s.a.w. Mereka kata:
“dia wahabi”. Kita kata ini bukan daripada tulisan Muhammad bin ‘Abd al-
Wahhab, ini fatwa Dr Yusuf al-Qaradawi apabila ditanya mengenai nisfu
Syaaban, beliau menjawab: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w.
dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan
malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti
yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian
negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di
masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat
panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung
kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik
dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a
yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga
bercanggahan dan bertentang maknanya...perhimpunan (malam nisfu
Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian
negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita
melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu
ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas
mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah
itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.( Dr. Yusuf al-Qaradawi,
Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut: Dar Uli al-Nuha). Apakah beliau juga
wahabi?!!
Al-Imam al-Nawawi (meninggal 676 H) adalah tokoh agung dalam
mazhab al-Syafi'i. Pada zamannya, beliau membantah mengiringi jenazah
dengan mengangkat suara membaca al-Quran. Beliau berkata: “Ketahui
sesungguhnya yang betul lagi terpilih yang menjadi amalan al-salaf al-salih
r.a adalah diam ketika mengiringi jenazah. Jangan diangkat suara dengan
bacaan, zikir dan selainnya. Hikmahnya nyata, iaitu lebih menenangkan hati
dan menghimpunkan fikiran mengenai apa yang berkaitan dengan jenazah.
Itulah yang dituntut dalam keadaan tersebut. Inilah yang cara yang betul.
Jangan kamu terpengaruh dengan banyaknya orang yang menyanggahinya.
Sesungguhnya Abu ‘Ali al-Fudail bin ‘Iyad r.a. pernah berkata –maknanya-:
“Berpegang dengan jalan petunjuk, jangan engkau tewas disebabkan sedikit
yang melaluinya. Jauhilah jalan yang sesat. Jangan engkau terpengaruh
dengan banyaknya golongan yang rosak”. Adapun apa yang dilakukan oleh
golongan jahil di Damsyik, iaitu melanjutkan bacaan al-Quran dan bacaan
yang lain ke atas jenazah dan bercakap perkara yang tiada kaitan, ini adalah
haram dengan ijma’ ulama. Sesungguhnya aku telah jelaskan Adab al-Qiraah
keburukannya, besar keharamannya, dan fasiknya sesiapa yang mampu
membantahnya tetapi tidak membantahnya”. (Al-Nawawi, Al-Azkar, m.s. 225-
226, Damsyik: Maktabah al-Ghazali). Saya percaya jika al-Imam al-Nawawi di
zaman kini dan buat kenyataan ini, golongan yang taksub pegangan
tempatan akan menuduhnya juga wahabi. Apatah lagi jika dia mereka
mambaca kenyataan al-Imam al-Nawawi ini menyetujui tokoh-tokoh mazhab
al-Syafi’i yang membantah jamuan atau kenduri sempena kematian. Katanya:
“adapun menyediakan makanan oleh keluarga si mati dan menghimpunkan
orang ramai kepadanya adalah tidak diriwayatkan daripada Nabi s.a.w sedikit
pun. Ia adalah bid’ah yang tidak disukai” (Al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-
Mahazzab 5/320 Beirut: Dar al-Fikr). Tentu jika mereka masih hidup akan
dituduh wahabi!
Bahkan jika al-Imam al-Syafi’i masih hidup pun mungkin dia dituduh
wahhabi. Apa tidaknya dalam kitabnya al-Umm disebut: “Pendapatku untuk
imam dan makmum hendaklah mereka berzikir selepas selesai solat.
Hendaklah mereka mensenyapkan zikir, kecuali jika imam mahu dipelajari
daripadanya (bacaan-bacaan zikir-pen), maka ketika itu dijelaskan zikir.
Sehingga apabila didapati telah dipelajari daripadanya. Maka selepas itu
hendaklah dia perlahankan" (al-Syafi'i, Mausu‘at al-Imam al-Syafi'i: Al-Umm,
1/353 Beirut: Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi). Tidakkah itu berbeza dengan
amalan orang melayu.
Ada kata golongan wahhabi tidak mewajibkan terikat dengan sesuatu
mazhab. Saya kata kalau begitu haramkanlah buku Dr. Yusuf al-Qaradawi, Dr
Wahbah al-Zuhaili, Dr Abd al-Karim Zaidan dan berbagai tokoh ulama
antarabangsa yang lain dari disebarkan di Malaysia ini. Sebab mereka ini
yang tidak mewajibkan terikat dengan satu-satu mazhab. Lihat apa kata Dr
Yusuf al-Qaradawi: “Perkara yang penting untuk anda mengetahuinya
bahawa hukum orang awam mengikut salah seorang imam-imam mazhab
ialah harus dengan syarat-syaratnya. Ia bukan sesuatu yang wajib seperti
yang dikatakan oleh golongan mutakhir. Ini kerana tiada kewajipan kecuali
apa yang diwajibkan oleh al-Kitab dan al-Sunnah. Maka al-Quran dan al-
Sunnah tidak mewajibkan seseorang terikat dengan mazhab. Maka tidak
menjadi halangan untuk seseorang muslim bebas dari terikat dengan manamana
mazhab. Dia boleh bertanya berkaitan agamanya kepada sesiapa
sahaja di kalangan ulama. Tanpa perlu terikat dengan seseorang ilmuan
sahaja tanpa bertanya orang lain. Inilah jalan para sahabah dan sesiapa yang
mengikuti mereka dengan cara yang baik pada zaman sebaik-baik kurun.
Allah telah selamatkan mereka dari taklid yang dicerca ini. Sebaik-baik
manusia untuk bebas dari terikat dengan mazhab ialah sesiapa yang baru
menganut Islam. Maka tiada kepentingan mewajibkannya apa yang Allah
ta’ala tidak wajibkan. Dia boleh bertanya sesiapa sahaja dari kalangan ulama
yang dia mahu. Wajib ditulis untuk mereka buku-buku fekah yang
memudahkan tanpa terikat dengan mazhab tertentu”.( Al-Qaradawi: Dr Yusuf,
Kaif Nata’amal Ma’ al-Turath, m.s. 83-84, Kaherah: Maktab Wahbah)
Banyak lagi contoh-contoh lain jika hendak disebut. Maka fahamlah
bahawa tuduhan wahabi kepada seseorang di negara kita ini kebanyakan
adalah fitnah. Sebagai jawapan kepada persoalan yang tidak terjawab, maka
diputarkan isu ke arah yang lain. Ia adalah lambang akhlak dan perilaku
buruk pembuatnya. Memburukkan orang lain tanpa bukti dan ilmu. Kesemua
mereka ini akan didakwa di akhirat kerana memutar belitkan fakta tanpa rasa
takut kepada ALLAH. Tidak pernahkah mereka membaca firman ALLAH dalam
Surah al-Hujurat ayat 11-12: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) merendah-rendahkan puak lelaki
yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada
mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan merendahrendahkan
puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan
itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan
keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil
antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Laranganlarangan
yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi
fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang)
sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada
perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. Wahai orangorang
yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana
sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah
kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan
janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah
seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?
(Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.
(Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu
kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
Adalah malang jika medan perbahasan ilmiah dijadikan medan fitnah
memfitnah. Apatah lagi jika yang terlibat itu golongan agama. Kita
sepatutnya hanya berada dalam sempadan fakta dan angka sahaja. Jangan
terbabas ke peringkat tuduh menuduh secara tidak berakhlak. Ramai
pendakwah yang menjadi mangsa akhlak buruk ini. Kita juga berdukacita dan
bersimpati. Apatah lagi jika ahli fitnah memakai nama pihak berkuasa agama.
Namun saya katakan kepada para pendakwah yang difitnah; bersabarlah.
Telah pun difitnah sebelum ini para rasul yang mulia, sehingga Nabi
Muhammad s.a.w dituduh ahli sihir dan gila. Al-Imam al-Syafi'i r.h pernah
dituduh sebagai pendokong Syiah di zaman sehingga dia dihukum. Al-Imam
Al-Bukhari r.h pernah tuduh sebagai bersefahaman dengan Mu’tazilah
mengenai al-Quran, sehingga dia terpaksa keluar dari kampung halamannya.
Demikian sejarah dan sirah para ulama kesemuanya tidak sunyi dari mainan
golongan yang hasad dan khianat. Demikian tabiat dakwah ini yang sentiasa
menuntut keikhlasan dan pengorbanan.
Wahai mereka yang suka menuduh orang lain atas sentimen tanpa
bukti. Berhentilah, banyak kerja lain yang patut kita buat. Jangan jumud.
Sekarang dunia moden, banyak pengetahuan boleh dicari hanya dengan
beberapa clik di hadapan internet. Jika kita tidak larat fikir, jangan halang
orang lain mencari maklumat dan berfikir. Tunjukkan imej keistimewaan Islam
itu dengan mengizin keperbagaian pemikiran hidup dalam iklim yang
harmoni selagi tiada penipuan dan pengkhianatan. Dunia fakta hanya
dimasuki oleh manusia yang cintakan ilmu. Bukan yang suka mengkafirkan
orang tanpa sebab atau menuduh orang wahabi hanya kerana tidak berkenan
di hati.

Sunday, September 7, 2008
Siapa yang kamu rindu?
Siapa yang kamu sedang rindu?(Hari yang penuh emosi..., bermonologlah pulak...) Dalam kedamaian sahur, dan kedinginan sepertiga malam, setelah selesai melabuhkan tahajjud dan kini tenang menjamah makanan …, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Mungkin kita terlupa pada isteri Nabi Musa a.s yang kesejukkan di bawah kaki bukit Tsur, bersama anak-anaknya, yang tabah menunggu suami serta ayah mereka, yang telah pergi mengambil api dari puncak bukit, tapi suami yang di tunggu tak muncul tiba, kerana hakikatnya si suami sudah di lantik menjadi Nabi, dan bermulalah sebuah pengorbanan dalam mencari nikmat berugama..… Dalam kemeriahan kita berbuka puasa, sedang asyik menjamah makanan dan menjamu selera…, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Barangkali kita terlupa pada Isteri Nabi Ibrahim a.s yang kepanasan dan kehausan, serta kelaparan dan keletihan dalam mencari air di Lembah Safar dan Marwah.. sedang anak masih dalam susuan, lalu tinggalah dua beranak di lembah Mekah tanpa suami di sisi kerana suaminya sedang berkorban dalam mencari nikmat berugama… Hari ini kita bersolat berlangitkan kipas syiling, dan berdiri di atas karpet yang lembut lagi tebal, serta masjid yang sungguh indah saujana mata, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Mungkin kita terlupa pada Summayah r.aha yang di tombak di kemaluan kerana ugama ini, atau keluarga Yassir yang mati di seksa, atau Nabi zakaria a.s yang di gergaji dan juga Nabi Yahya a,s yang di pancung, semuanya kerana ugama! Nampaknya, demi ugama, Allah sanggup melihat kekasihNya terkorban dan di korbankan....
Dalam kemeriahan kita semua berbuka puasa, makan bersama kicap cap ‘Bilal’ penyedap rasa, sebenarnya kita telah terlupa pada Bilal bin Rabah yang hidup di seksa, di jemur di padang pasir sedang di dadanya di pasak dengan batu sebesar raksasa, saban malam di cemeti bergilir-gilir pula...
Tak lupa juga akan kita yang berbuka dengan roti Khebbab yang enak dan menyelerakan, danging panggang dan roti pital yang empuk.., sedang Khabbab bin Alarat r.a telah di seksa kerana ugama ini, beliau di seret atas bara api sehingga lemak dan darahnya telah memadamkan bara api.. semuanya kerana ugama.... berkorban dalam mencari nikmat berugama…! Dalam kedamaian sahur, dan kemeriahan berbuka puasa, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat berugama ini, sebenarnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah… Jika kamu mahu mengenang cerita dan derita, Izinkan aku titipkan beberapa lembaran kisah mereka yang telah menderita kerana ugama, berkorban dalam mencari nikmat berugama…!
Pada suatu waktu di saat zaman dan kurun yang terbaik, terdapat cerita seorang sahabat Nabi SAW yang baru kematian isterinya sedang beliau masih mempunyai seorang anak lelaki berusia 5 tahun, namun sahabat ini telah datang berjumpa Nabi SAW untuk menyertai jihad menegakkan ugama Allah... Nabi menasihatinya supaya duduk di rumah bersama anaknya yang masih kecil itu.., tapi dia mendesak juga untuk menyertai, barangkali beliau telah tercium bau syurga. Dan Nabi Muhammad SAW telah benarkan beliau pergi.. Si anak yang di bernama Basyir ini pun bukan calang calang budak. Walaupun baru berusia 5 tahun telah sanggup berpisah dan di pisahkan demi semata mata kerana agama Allah. Malahan si anak-anak para sahabat Baginda ini akan saling berbangga terhadap ayah dan bapa mereka yang telah turut sama menyertai peperangan bersama Baginda SAW. Allah jua yang mencampak kefahaman dalam diri mereka tentang nilai ugama.. Setelah beberapa masa berlalu, terdengarlah khabar berita akan kepulangan tentera islam dari luar kota Madinah, Nun di sana kelihatan segerombolan habuk dan debu yang berterbangan menjulang ke langit kesan hentakan tapak kaki kuda dan unta milik tentera islam. Di sempadan Madinah, sebaik kuda dan unta menghentikan tapak kakinya, dan dalam suasana debu debuan yang masih berterbangan, si anak-anak sahabat sudah tidak sabar menunggu untuk bertemu dengan bapa-bapa mereka. Dalam larian kasih sayang, Basyir bin Abarkah telah mendahului kesemua perindu yang lain, walaupun usianya baru 5 tahun, tapi beliaulah yang paling maju, katanya: ingin menyergah ayahnya..maklumlah, Mereka baru belajar erti rindu. Debu debu pun mulai turun ke bumi. Sedikit demi sedikit terpancullah wajah kuda dan wajah unta yang setia. Dan debu debu pun masih terus turun ke bumi. Sedikit demi sedikit terlihatlah wajah bapa bapa mereka. Maka si anak mula menerkam si bapa, dan bapa mulai menerpa si anak, mereka saling berpelukan menangis gembira melepaskan rindu dendam seolah olah seperti baru terlepas dari hukuman mati. Bapa mana yang tidak rindu pada anak? Anak mana yang tidak gembira bertemu bapa? Lantas terdengar suara takbir di sini sana, memuji Allah sambil menangis kesyukuran.. Memuji Nikmat Allah.. Tidak lama kemudian.. sempadan Madinah itu telah menjadi daerah sepi dan sunyi, yang tinggal hanyalah kesan tapak kaki manusia dan binatang tunggangan. Namun yang terlihat pada waktu dan ketika itu, Basyir budak berumur 5 tahun seorang diri sedang melilau mencari ayahnya. Sudah puas ke kiri dan ke kanan… sudah jauh mata memandang, sudah penat menunggu, namun si ayah yang di rindu, tidak datang-datang!. Tidak kunjung tiba! Ke mana ayah pergi? Kenapa masih belum pulang? Dalam debu debu yang masih tinggal, terlihat satu kelibat lelaki sedang berjalan ke arah Basyir Abarkah budak berumur 5 tahun itu, Lalu si Basyir menerpa lelaki itu kerana disangkanya bapanya sudah pulang. Namun lelaki itu bukanlah bapanya, sebaliknya lelaki itu adalah Nabi Muhammad SAW . Lantas Basyir bertanya: Mana ayah ku?. Lalu Nabi memalingkan wajahnya ke kanan kerana tidak sanggup untuk berkata kata. Si Basyir lantas bergerak kekanan Baginda dan terus bertanya: “Mana ayah ku?”. Sekali lagi Nabi memalingkan wajahnya ke kiri lantaran tidak sanggup untuk menuturkan kata kata sedang air mata mulai berlinangan di pipi. Si Basyir tidak berputus asa dan terus bergerak ke kiri Baginda. "Mana ayah ku?”. Lalu Nabi duduk sama tinggi dan menjawab dengan nada sedih dan pilu sedang tangan baginda di pipi Basyir.... “Anak.., Ayah mu telah syahid.” Air mata anak terus mengalir hangat, di kala darah yang mengalir dari badan ayahnya sudah lama lenyap di telan bumi.... Dalam kedamaian sahur kita pagi ini, dan kemeriahan berbuka puasa petang nanti, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa di waktu malam, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah… Sesungguhnya mereka telah mewarnai bumi Mekkah dan Madinah dengan darah.. Sekurang-kurangnya, kenanglah pada Basyir budak berumur 5 tahun itu..
Jika kita masih terlupa, biarlah aku ceritakan kisah Mus’ab bin Umair, yang hidup dalam kesempitan telah berjalan melewati Baginda SAW sedang beliau hanya memakai sehelai kain yang telah koyak di beberapa bahagian. Salah satu bahagian yang terkoyak telah di tampal dengan kulit binatang kerana tidak cukup kain, lalu sambil menangis Rasululullah bercerita kisah Mus’ab bin Umair kepada sahabat yang lain, bahawa sebelum islam, Mus’ab bin Umair adalah anak orang kaya dan hidup dalam kemewahan, di sayangi dan di manjai, hidup ditatang bagai minyak yang penuh, pakaiannya sahaja berharga 200 dirham dan hidup dengan penuh perhatian dari ibu bapa. Tapi sebaik beliau memeluk ugama islam, beliau telah di murkai oleh ibu bapa, di ikat dan di kurung, satu hari beliau dapat melepaskan diri dan lari mengikut sahabat Nabi lalu hidup dalam keadaan zuhud dan miskin. Di hujung pengorbanan, dalam perperangan Uhud, mayatnya di lihat terbujur tanpa ke dua-dua tangan, di potong musuh selangsung tugasnya yang memegang bendera.., dan baginda SAW telah menutup mayatnya dengan kain tapi tidak cukup lalu di tutup dengan daun-daun Izkhar.. Dalam hidangan berbuka puasa yang enak dan meyelerakan, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa di sepertiga malam, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah… Dan ada juga cerita lain seorang ibu kepada beberapa anak lelaki yang di beritahu tentang kematian suami di medan perang, tentang kematian anak sulung, tentang kematian anak nombor dua dan seterusnya anaknya yang bongsu. bila terdengar semua ahli keluarganya mati di jalan Allah dia masih bertenang, tapi bila mendapat tahu anaknya yang bongsu juga mati , si ibu ini terpegun dan menangis…dia dipujuk orang, supaya bersabar dengan ujian Allah.. Tapi si ibu berkata: “janganlah kamu semua ucap takziah pada aku, tapi ucapkanlah tahniah kepada aku, …, aku menangis bukan kerana semua ahli keluarga ku telah mati, tapi aku menangis kerana aku sudah tiada anak lelaki lagi untuk di korbankan di jalan Allah.!!!!”
Dalam kerehatan kita bertarawaikh, dan sedang menikmati juadah sejurus lepas solat witir, di sebalik semua nikmat berugama ini, sesungguhnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Seorang sahabat ketika hendak di campak ke dalam api oleh seorang kafir telah menangis sambil berkata: “aku menangis bukan kerana takut mati, aku menangis kerana aku hanya ada satu nyawa sahaja, seandainya aku mempunyai nyawa sebanyak bulu roma di badanku…maka, satu demi satu akan ku korbankan untuk ugama!!! "
Dalam keseronokkan kita membuat persediaan hari raya, bertepuk tampar, dan saling bergembira, bertakbir di sini sana, di sebalik semua nikmat berugama ini, sesungguhnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Mungkin kita terlupa pada awal kerja Nabi di jalankan, ketika Nabi Muhamad SAW keluar dari rumah dengan baju yang bersih, tapi bila petang nanti pulang, baju Nabi sudah kotor, di jalanan beliau di pukul orang, di sepak terajang dan di baling batu serta najis.., Dari celah daun pintu Fatimah r.aha anak Nabi mentintai perlakuan ayahandanya yang tercinta, lalu bergenanglah air matanya melihat penderitaan ayahnya, namun sebaik Nabi pulang, lekas-lekas beluau menyampu air mata dan menyambut Baginda dengan senyuman, menyembunyikan kesedihan demi memberi sokongan moral dan sedikit hiburan kepada jiwa luhur bapanya yang teramat tabah itu.. Namun hati anak mana yang tahan melihat ayanya di seksa? Lantas suatu hari beliau telah mengikut di belakang Nabi, melihat perlakuan ayahnya secara langsung, di jalanan beliau melihat ayahnya berdakwah dan di hina, di layan seperti pengemis dan binatang, di sakiti, di caci, di maki, di pukul, dan di baling batu... Kemuncak penghinaan, ketika Nabi bersolat di hadapan Kaabah, Abu jahal dan sekutunya telah membuang najis dan perut unta ke belakang badan baginda yang sedang sujud.., dengan linangan air mata Fatimah r.aha datang membersihkan najis di badan ayahnya.. Di suatu hari yang lain, Fatimah r.a telah menyambut kepulangan Nabi Muhammad SAW dengan linangan air mata., Lalu Baginda bertanya: kenapa menangis? Dengan air mata yang bergenang, melihat penderitaan ayahnya, Fatimah r.aha berkata: “Aku menangis kerana ku lihat telah bertukar warna kulitmu dan kotor pakaianmu.., ” Nabi menjawab (lebih kurang maksud) “Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, satu hari nanti, ugama yang aku bawa ini, akan pergi menuju ke setiap rumah walaupun rumah itu berada di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumah seperti tersebarnya malam…” Maka kita semua pada hari ini, Dalam kedamaian pagi dan ketenangan petang atau kesejahteraan malam, sedang kita menikmati nikmat berugama, mungkin di suatu hari akan datang wakil Nabi mengetuk pintu rumahmu, tidak kira di mana kamu berada, di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumahmu seperti tersebarnya malam… dan bukakanlah pintu hatimu.., kerana mereka sedang mengzahirkan hadith Nabi Muhamad SAW.
Ziarah mereka bukan kerana hari raya, atau kerana menuntut hutang, tapi semata mata kerana Allah, mudah-mudahan kamu dan mereka akan dapat menikmati ruang di bawah arasy berkat amalan ini, dan semoga Allah kasihan pada kamu dan mereka lantaran amalan yang mulia ini lalu mengekalkan kita semua dalam iman, dan menyebarkan hidayat ke seluruh alam, sehingga akhirnya kesemua lelaki akhil baligh dapat minikmati solat berjemaah, dan keseuma wanita akhil baligh dapat menikmati solat di awal waktu serta tutup aurat dengan sempurna, kemudian, anak-anak akan taat perintah ibu bapa, dan isteri-isteri akan taat perintah suami dan semua mahkluk akan taat perintah Allah lalu menyembah Allah dengan cara yang paling layak selayak-layaknya Dia di sembah!...
Sesengguhnya, Dalam kedamaian sahur, dan kemeriahan berbuka puasa, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah… Selamat menyambut malam Lalatul Qadar, Lalilatul Jaizah, dan selamat menyambut Hari raya..
Subscribe to:
Posts (Atom)